Floating Icon
14 APR 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 6 MINIT BACA 1097 LIHAT 16 BERKONGSI

7 Cara yang Lestari untuk Menjadikan Setiap Hari adalah Hari Bumi

Earth Day

Pilih Hijau dan Bersih

Hari Bumi adalah hari yang disambut di seluruh dunia untuk menyokong perlindungan alam sekitar. Selain memelihara alam dengan sebanyak mungkin cara, sesetengah orang juga mengambil inisiatif dengan menyertai ‘Earth Hour’ – iaitu semua orang digalakkan untuk mematikan semua lampu di rumah pada masa yang sama.

Hari Bumi disambut setahun sekali tetapi melindungi alam sekitar tidak harus terbatas pada satu hari sahaja – ia akan menggagalkan matlamat kemampanan.

Walaupun acara pembersihan besar-besaran dan usaha penanaman pokok sering dilakukan menjelang Hari Bumi, amalan yang lestari dan penetapan minda yang memelihara alam harus diterapkan setiap hari.

Kami ada tujuh cara yang lestari supaya anda boleh menjadikan setiap hari adalah Hari Bumi.

Gandakan penggunaan produk pembersihan pekat

Rumusan pekat mengurangkan penggunaan air semasa pembuatan dan bungkusan yang lebih kecil mengurangkan pelepasan karbon semasa penghantaran.

Amway menawarkan beberapa produk pembersihan pekat. Malah, ketika syarikat dilancarkan pada tahun 1959, produk pertamanya adalah larutan pembersihan pekat terbiodegradasi — puluhan tahun sebelum rumusan pekat menjadi popular.

concentrated cleaning products

Rumusan untuk produk yang kini dipanggil Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™, telah diubah suai sepanjang 60 tahun syarikat beroperasi tetapi masih tetap terbiodegradasi dan pekat.

Mencampurkan pencuci ini dengan air dalam nisbah yang disyorkan, botol 1 liter boleh mengisi semula botol semburan 500 mililiter sebanyak 20 kali.

Bawa Beg Sendiri

Anda tahu beg plastik di kedai runcit atau pasar di kejiranan anda? Tahun ini, dianggarkan 5 trilion beg plastik tersebut akan digunakan di seluruh dunia – dan kurang daripada satu peratus akan dikitar semula.

Kebanyakannya dihanyutkan ke laut dan kekal di sana selama berabad-abad, membahayakan hidupan laut dan kualiti air.

Daripada menggunakan beg plastik, bawa sendiri beg jinjing boleh guna semula yang mesra alam. Ia tahan selama bertahun-tahun dan membantu mengurangkan plastik sekali guna daripada aliran sisa. Satu lagi kelebihan beg boleh guna semula ialah anda tidak perlu risau tentang barang runcit yang berat mengoyakkannya semasa anda berjalan menuju ke kereta!

Beg boleh guna semula juga mudah dibersihkan dan disterilkan selepas digunakan. Hanya masukkan ke mesin basuh dengan sedikit Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8 Premium dan ia akan kembali bersih dan segar untuk digunakan sewaktu membeli-belah seterusnya!

Jika anda lupa membawa beg boleh guna semula, minta beg kertas jika ada. Beg jenis itu lebih cenderung untuk digunakan semula atau dikitar semula.

Pilih detergen cucian yang terbiodegradasi dan bebas fosfat

Fosfat sering digunakan dalam detergen untuk membantu melembutkan air liat dan memastikan kotoran tertinggal di dalam air cucian, bukannya pakaian yang anda cuci.

Namun begitu, ia juga merupakan baja semula jadi. Apabila memasuki sistem air, ia menggalakkan pertumbuhan dan pereputan tumbuhan secara berlebihan yang menyebabkan kualiti air merosot dan menjejaskan hidupan air.

Liquid Concentrated Laundry Detergent

Itulah pentingnya mencari detergen bebas fosfat. Amway telah menjual detergen bebas fosfat sejak tahun 1970-an dan meneruskannya dengan rangkaian detergen SA8™ Amway Home™. Selain Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8 Premium tadi yang didatangkan dalam bentuk serbuk, anda boleh mencuba Detergen Cecair Cucian Pekat SA8 kami untuk memenuhi keperluan anda.

Syarikat menggunakan alternatif fosfat yang berbeza daripada pengeluar detergen lain: sitrat dan natrium karbonat. Sitrat adalah produk penapaian semula jadi daripada bijirin dan natrium karbonat diproses daripada mineral.

Kedua-duanya larut sepenuhnya, jadi ia tidak akan meninggalkan sisa pada fabrik dan membawa kesan persekitaran yang lebih rendah daripada kimia pembersih tradisional.

Cari mohor Safer Choice EPA

Semasa memilih pencuci, cuba elakkan daripada menggunakan agen pembersih yang keras. Sebaliknya, pilih produk yang menampilkan label Safer Choice Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. Program Safer Choice membantu pengguna mengenal pasti produk yang mengandungi bahan kimia yang lebih selamat namun tidak menjejaskan kualiti atau prestasi.

Di seluruh dunia, lebih daripada 40 produk cucian, pembersih permukaan dan penjagaan pinggan mangkuk Amway layak untuk label Safer Choice. Syarikat juga dinamakan sebagai ‘Partner of the Year’ pada 2017 atas dedikasi merumuskan dan mengeluarkan produk yang mengandungi bahan-bahan yang lebih selamat untuk keluarga, tempat kerja, komuniti dan alam sekitar.

Minum air paip

Satu kajian pada 2017 menunjukkan bahawa 1 juta botol plastik dibeli di seluruh dunia setiap minit dan jumlah itu dijangka meningkat 20 peratus pada 2021.

Walaupun botol plastik boleh dikitar semula, hakikatnya kurang separuh daripada 480 bilion botol yang dijual pada tahun 2016 benar-benar dikitar semula.

Seboleh mungkin, cuba minum daripada paip dan gunakan botol air boleh isi semula. Jika anda bimbang tentang kualiti air paip anda, pertimbangkan untuk menggunakan sistem rawatan air.

7 Sustainable Ways To Make Every Day Earth Day

Sistem Rawatan Air eSpring™ daripada Amway menggunakan penuras blok karbon berpaten untuk mengurangkan lebih daripada 140 bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan dan mempunyai lampu UV yang memusnahkan sehingga 99.9999% bakteria dan 99.99% virus tanpa menggunakan bahan kimia.

Hanya satu penuras cukup untuk menuras air untuk mengisi sebanyak 10,000 botol air – pengurangan besar dalam penggunaan botol air plastik.

Rancang sendiri pembersihan anda

Dengan sedikit penyelidikan, anda mungkin mendapati pembersihan pantai, taman atau sungai berlaku sepanjang tahun dalam komuniti anda.

Semak laman web organisasi alam sekitar di tempat anda untuk melihat apa yang mereka telah rancangkan.

Jika anda tidak boleh mencari yang sesuai dengan jadual anda, buat rancangan sendiri. Ajak rakan-rakan dan keluarga anda untuk bertemu di taman, pantai, sungai atau di mana-mana sahaja yang anda rasa perlu dibersihkan.

Ia boleh menjadi cara yang menyeronokkan dan bermakna untuk mendekati alam di samping menjaga kebersihan komuniti anda.

Jangan lupa untuk mengitar semula!

Kitar semula kelihatan seperti konsep yang mudah, namun National Geographic melaporkan bahawa 91 peratus daripada semua plastik yang pernah dihasilkan (iaitu kira-kira 8.3 bilion metrik tan plastik) tidak dikitar semula.

Apabila tidak dikitar semula, biasanya ia berakhir di tapak pelupusan yang memerlukan lebih daripada 400 tahun untuk didegradasikan. Plastik yang dihasilkan pada hari ini akan bertahan sehingga bergenerasi lamanya.

Menurut EPA, kertas merangkumi lebih daripada 25% sampah perbandaran yang dijana setiap tahun, iaitu lebih banyak daripada bahan lain.

Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memulakan kitar semula, EPA mempunyai maklumat di laman webnya untuk kertas, plastik, bateri, kaca, minyak, sisa berbahaya dan tayar. Periksa juga dengan majlis perbandaran di tempat anda untuk pilihan kitar semula dalam komuniti anda — persendirian atau awam.

Walaupun sedikit tetap membantu

Bukan hanya inisiatif besar yang membawa perbezaan. Melakukan perubahan ini dalam kehidupan seharian anda akan bertambah lama-kelamaan.

"Earth" Song: Ditulis oleh: David Burd, Benjamin Levin, Magnus August Høiberg, Josh Coleman dan Jamil

Dari mengisih kitar semula, membersihkan pantai sehingga membuat pilihan yang lebih mesra alam dalam produk yang anda gunakan, semuanya adalah usaha untuk membantu memulihara sumber semula jadi dan memelihara planet ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk lestari yang disebutkan di sini dan lebih banyak lagi, layari www.amway.my.