Floating Icon
23 DEC 2020 KEHARMONIAN KEDIAMAN 2 MINIT BACA 1220 LIHAT 6 BERKONGSI

Pembersihan Yang Menghijaukan Bumi

Produk-produk AMWAY HOME™ dibangunkan dengan komitmen untuk memberikan penyelesaian yang lebih hijau dan lebih bersih yang menyumbang kepada kediaman dan persekitaran yang lebih sihat. Dalam usaha berterusan untuk berbuat demikian, kami menyediakan petua-petua berguna tentang cara untuk menjadikan kediaman dan dunia anda tempat yang lebih indah lagi mampan.

APAKAH AMALAN HIJAU YANG BOLEH DILAKUKAN DI RUANG TAMU ANDA?

PETUA 1: KURANGKAN PENGGUNAAN TENAGA

Amway Home L.O.C Multipurpose Cleaner beside spray bottle

Tahukah anda bahawa peralatan elektrik yang dipasang palamnya seperti televisyen, komputer dan pembancuh kopi menggunakan kuasa elektrik walaupun suisnya ditutup? Jimatkan tenaga dengan menanggalkan palam peralatan elektrik setelah selesai menggunakannya.

Selain itu, tukar mentol kepada mentol berpendaflour padat (CFL) atau diod pemancar cahaya (LED) sebagai pilihan yang menjimatkan kos dan menjimatkan tenaga yang kurang menggunakan tenaga dan tahan lebih lama.

PETUA 2: GUNAKAN PRODUK PENCUCIAN YANG HIJAU

Dikuasakan oleh BIOQUEST FORMULA™ Technology, produk-produk AMWAY HOME™ lembut pada permukaan yang dicuci di samping memberikan prestasi pembersihan yang berkesan tanpa membahayakan alam sekitar.

Pencuci Kulit & Vinil (500 ml)

Mencantik dan melindungi semua jenis dan warna perabot kulit dan vinil, membantu mengembalikan kilatan dan menangkis kesan kotor dan air.

Pencuci Pelbaga Guna L.O.C. (1 L)

Memudahkan tugas mencuci semua permukaan yang boleh dicuci seperti dinding yang dicat, kerja kayu, jubin dan lantai untuk kilatan tanpa kesan berjalur dan tidak perlu dibilas.