Floating Icon
24 DEC 2020 KEHARMONIAN KEDIAMAN 2 MINIT BACA 1423 LIHAT 42 BERKONGSI

Pilihan yang Lebih Selamat

Insan Tersayang Berhak Mendapat Pilihan yang Lebih Selamat

Sibuk membersihkan rumah sempena tahun baru? Sebelum anda membuang barang-barang lama anda, lihat sekali lagi. Mungkin apa yang anda perlu lakukan hanyalah mengelapnya dengan pencuci yang berkesan untuk mengembalikan kilatannya atau rupa asalnya. Cubalah Pencuci Pelbagai Guna L.O.C yang merupakan produk pembersih serba boleh yang tidak mengandungi bahan kimia mahupun bahan pelelas yang berbahaya. Cukup lembut untuk digunakan sebagai pencuci tangan bagi menanggalkan gris dan kotoran yang degil, cukup berkuasa untuk menangani sebarang tumpahan di sekitar rumah anda, menjadikan permukaan berkilat dan bebas sisa.

Mood shot of Amway Home L.O.C Multi-Purpose Cleaner with a mop in the background

Pembersih serba boleh untuk setiap sudut rumah anda

Jadikan rumah anda bersih bersinar-sinar dengan Pencuci Pelbagai Gun L.O.C.!

Lebih Baik Untuk Keluarga Saya

Ruang Tamu / Bilik Keluarga

Larutkan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. dengan air dan isi botol semburan. Buang debu pada semua permukaan yang boleh dibasuh, sebelum memberikan semburan yang cepat dan kemudian lap dengan kain bersih. Jangan ketinggalan tingkap dan rak kerana Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. juga berfungsi dengan baik di atas kerja kayu!

Pilihan Bijak Anda

Asas Bilik Mandi

Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. cukup berkuasa untuk membersihkan tab mandi, jubin dan singki anda dalam masa yang singkat. Sapukan pencuci dan biarkan ia bertindak semasa anda membersihkan cermin dengan tuala kertas dan pencuci kaca. Gunakan kain mikrogentian yang lembap untuk mengelap permukaan selepas anda menyemburkannya.

Lebih Baik Untuk Alam Sekitar

Pembersihan Dapur

Semburan Pencuci Pelbagai Guna L.O.C. yang pantas di kaunter, sinki, atas dapur dan peti sejuk membersihkan minyak, tumpahan dan tompok, dan meninggalkan bau segar yang bersih. Juga berkesan ke atas permukaan yang boleh dibasuh dari pintu ke lantai dan dinding dengan kuasa pembersihannya yang lembut pada tangan anda.

TIP BONUS

Untuk kesan makanan yang terbakar di dalam ketuhar gelombang mikro anda, masukkan semangkuk air dan jus lemon di dalam ketuhar selama 1-2 minit pada suhu tinggi, kemudian biarkan ia sebentar selama satu minit lagi. Dengan berhati-hati keluarkan mangkuk itu dan lap bahagian dalam ketuhar gelombang mikro menggunakan Pencuci Pelbagai Guna Amway Home