Floating Icon
29 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1257 LIHAT 42 BERKONGSI

7 Cara Untuk Kekalkan Rutin Senaman

Bila anda bekerja untuk diri sendiri, anda tahu pentingnya menetapkan matlamat, mengurus masa dan mewujudkan tabiat positif. Ia tiada bezanya dengan senaman.

Menerapkan beberapa cara pemikiran yang sama pada rutin senaman anda boleh juga mencapai matlamat senaman anda. Cuba tip kecergasan dan produktiviti ini untuk menjalani gaya hidup yang lebih baik dan lebih sihat.


Ubah Sikap Anda

Kalau anda fikir senaman itu seperti satu tugas harian, sesuatu yang anda “perlu buat”, anda tidak akan mahu melakukannya. Sebaliknya anggap ia suatu yang positif, sebagai sesuatu yang anda “pilih” untuk melakukan atau “mahu”melakukan.


Bayangkan Hasilnya

Salah satu tabiat dalam buku Stephen R. Covey ‘The 7 Habits of Highly Effective People’ adalah pembayangan. Lain kali bila anda kurang bersemangat, bayangkan diri anda gembira, bertenaga dan menikmati sajian yang enak selepas puas bersenam. Atau bayangkan diri anda melintasi garisan penamat maraton atau kelihatan segak dan langsing dengan pakaian baru.


Bersiap Sedia

Use fitness apps


Jangan tunggu sehingga anda sudah bersedia untuk bersenam baru hendak mencari pakaian senaman atau memutuskan apa hendak dibuat. Rancang apa yang anda hendak buat sebelum itu. Aturkan pakaian yang sesuai, botol air dan minuman kocak protein supaya semuanya sudah tersedia apabila anda hendak bersenam.


Masukkannya Dalam Kalendar Anda

Jadualkannya dan jadikan senaman anda sama seperti anda perlu ke mesyuarat. Catatkannya atau simpannya di dalam telefon anda, anda secara aktif mengutamakan senaman. Seperkara lagi, kini lebih sukar untuk membuat alasan seperti terlalu letih atau tidak mempunyai masa.


Jadikannya Tabiat

Get fit


Seperti memberus gigi, senaman boleh jadi sesuatu yang anda lakukan setiap hari tanpa perlu berfikir mengenainya jika anda jadikan ia sebagai tabiat, menurut sesetengah jurulatih peribadi. Mereka mengesyorkan supaya bermula dengan sesi senaman yang singkat dan mudah supaya anda tidak ada alasan untuk tidak melakukannya. Apabila tabiat itu sudah sebati, barulah anda boleh meningkatkannya lagi.


Jadikannya Acara Sosial

Ramai jurulatih kecergasan dan gim menstrimkan kelas mereka di Zoom, Skype dan media sosial. Dengan bersenam bersama orang lain dalam talian, anda mungkin kurang cenderung untuk ponteng atau terus menarik diri. Sesetengah orang mengatakan bahawa ia juga menjadikan anda lebih bertanggungjawab.


Maafkan Diri Sendiri

Jika anda sehari suntuk bekerja dan tidak dapat bersenam, ingatlah anda hanya manusia biasa. Daripada rasa bersalah, membenci diri sendiri atau memutuskan yang anda memang tidak akan menjadi cergas, maafkan diri anda dan ucapkan tahniah atas apa yang anda telah capai setakat ini.

Hendak lebih banyak tip kecergasan dan senaman untuk diikuti? Muat turun aplikasi BodyKey (versi 2.0) dari Google Play Store atau iOS secara PERCUMA hari ini.