Cuba senaman-senaman ini di rumah – tidak perlukan peralatan!
Berdiri dengan menjarakkan kaki dan jari-jari kaki menghala ke hadapan jika anda hendak melakukan cangkung yang biasa. Secara berselang-seli, halakan jari-jari kaki ke arah luar jika anda hendak tumpukan pada bahagian dalam paha dan melakukan cangkung plié.
Bengkokkan lutut dan rendahkan diri anda, pastikan lutut anda selaras dengan jari kaki anda dan bahagian belakang anda lurus. Tahan selama 3 saat sebelum berdiri tegak semula. Buat senaman ‘bicep curls’ sebagai cabaran tambahan.
Gerak eksplosif dalam tarian, seperti melompat, adalah wajib untuk meningkatkan kadar degupan jantung dan membantu memejalkan kaki anda. Lompat menegak ke atas setinggi yang boleh, kempiskan abdomen dan sasarkan untuk menampan apabila mendarat dengan bola kaki (hujung kaki) anda. Hayunkan tangan untuk menggerakkan bahu anda juga.
Gerakan aerobik mudah yang tidak memerlukan peralatan tambahan adalah angkat lutut yang biasa. Jadi, mainkan lagu kegemaran anda dan terus lakukan pergerakan! Selang-selikan kaki, angkat lutut anda setinggi yang boleh dan ketatkan abdomen ke dalam – bayangkan anda sedang buat bangkit tubi sambil berdiri.
Muzik rancak yang bertenaga boleh membantu mendorong anda. Terlampau mudah? Tingkatkan aliran darah anda dengan melakukan senaman ‘bicep curls’ atau angkat lengan ke atas, menjadikan ini senaman seluruh tubuh.