Floating Icon
26 FEB 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 1 MINIT BACA 1158 LIHAT 87 BERKONGSI

Resipi Perangsang Tenaga Oren BodyKey

Mulakan hari anda dengan betul atau elakkan daripada rasa lapar di tengah malam. Gunakan pengocak untuk resipi ini jika anda sentiasa berpergian atau jika anda berada di rumah, gunakan mesin pengisar! Semudah Bancuh, Kocak dan Minum!

Kopi dengan rasa oren bunyinya macam pelik. Tetapi jangan lepaskannya begitu saja sehingga anda mencubanya! Dapatkan 25 vitamin dan mineral dari Minuman Kocak Pengganti Sajian dan tingkatkan hidrasi anda dengan PhytoPOWDER perasa oren.

Perangsang Tenaga Oren (200kkal)

Bahan-bahan

  • 1 paket Minuman Kocak Pengganti Sajian (Kopi)
  • 1 sudu besar Nutrilite PhytoPOWDER Orange
  • 1 skup Minuman Protein Soya Nutrilite
  • Kiub ais, ikut suka
  • 250ml Air
  • Pengocak BodyKey atau mesin pengisar

Caranya

  1. Masukkan Nutrilite PhytoPOWDER Orange, Minuman Protein Soya dan Minuman Kocak Pengganti Sajian ke dalam Pengocak BodyKey.
  2. Masukkan air ke dalam Pengocak BodyKey. Kocak hingga sebati.
  3. Jika menggunakan mesin pengisar, masukkan semua bahan ke dalamnya dan kisar betul-betul.
  4. Tambahkan ais kiub ikut suka dan nikmatilah!