Floating Icon
28 AUG 2024 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 157 LIHAT 5 BERKONGSI

Pusat Penyelidikan Botani Amway (ABRC), Wuxi, China: Nadi Pemakanan Herba Moden (MHN)

Revolusi dalam kesihatan semula jadi kini bertapak di tengah-tengah kota Wuxi, China apabila pusat penyelidikan dan pembangunan yang pertama diperkenalkan oleh Nutrilite iaitu peneraju global dalam kesihatan dan kesejahteraan. Pelaburan sejumlah AS$25 juta didedikasikan untuk membuka potensi Pemakanan Herba Moden (MHN) yang menjadikan Nutrilite jenama yang benar-benar menerajui zaman!

Bermula Daripada Tanah: Asas Keaslian

Perjalanan menuju inovasi ini bermula daripada tanah itu sendiri. Selama bertahun-tahun, saintis Nutrilite menganalisis dengan teliti tanah dari seluruh China dan akhirnya memilih lokasi yang paling asli untuk pusat tersebut.

Nutrilite from the Soil Up, a Foundation of Purity.jpg

Ujian ketat oleh organisasi antarabangsa terkemuka telah mengesahkan keaslian tanah berkenaan bagi memastikan bahan berkualiti paling tinggi digunakan untuk produk Nutrilite. Komitmen terhadap kualiti yang bermula daripada tanah merupakan bukti dedikasi Nutrilite dalam menyediakan produk yang selamat lagi berkesan.

Pusat Inovasi Herba

Nutrilite's Epicentre of Herbal Innovation.jpg

Pusat Nutrilite terkini ini mempunyai makmal canggih, rumah hijau yang luas serta tanah ladang seluas 500 ekar. Sebagai yang pertama seumpamanya di China, kemudahan ini berada di barisan hadapan teknologi perladangan organik untuk MHN dan penyelidikan ekstrak tumbuhan. Nutrilite memacu inovasi dalam bidang kesihatan herba serta menetapkan piawaian baharu untuk penyelidikan dan pembangunan dengan bekerja bersama-sama organisasi terkenal.

Merintis Masa Hadapan Kesejahteraan

Pusat Penyelidikan Botani Amway yakin untuk mengubah pandangan terhadap kesihatan semula jadi dengan berpegang teguh pada “Plant. Grow. Thrive.” Pusat ini juga membangunkan produk Nutrilite yang sangat berkesan dengan memperkasakan individu untuk mencapai kesihatan dan kesejahteraan optimum sambil memanfaatkan kuasa semula jadi serta menggabungkan sains canggih. Pusat Penyelidikan Botani Amway bukan sekadar kemudahan penyelidikan malahan sinar harapan untuk masa hadapan yang lebih sihat.

Berkongsi Ilmu, Memperkasakan Dunia

Nutrilite bukan sahaja komited untuk membangunkan produk perintis tetapi turut berkongsi ilmu dan kepakarannya dengan komuniti yang lebih luas. Pusat ini telah diundang untuk mengambil bahagian dalam inisiatif kebangsaan dengan pakar Nutrlite yang berkongsi pandangan tentang pembangunan mampan dan amalan perladangan organik.

Nutrilite's Practice of Sharing the Knowledge, Empowering the World.jpg

2016: Platform Kebangsaan untuk Pertanian Mampan

Nutrilite's National Platform for Sustainable Agriculture.jpg

Pada November 2016, pusat ini telah diundang untuk menyertai Pelan Lima Tahun Ke-13 China yang berprestij. Pelan ini menumpukan pada pencegahan serta kawalan pencemaran di bahagian Hilir Sungai Yangtze. Pakar Nutrilite berkongsi pendekatan inovatif mereka kepada perladangan organik dan pembangunan mampan dengan menunjukkan komitmen Nutrilite terhadap keseimbangan ekologi dan keselamatan makanan.

2017: Membongkar Rahsia Genetik Bunga Kekwa

Nutrilite Unlocking the Genetic Secrets of Chrysanthemum.jpg

Kerjasama perintis pada Disember 2017 antara pasukan R&D Nutrilite dan Institut Penyelidikan Akademi Perubatan Cina (RICAM) menghasilkan penjujukan genom lengkap bunga kekwa. Pencapaian dalam penyelidikan genetik ini telah membuka jalan kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang sifat perubatan tumbuhan yang kompleks ini, seterusnya membangunkan produk MHN yang inovatif.

2019: Merintis Pemodenan Perubatan Cina

Nutrilite Pioneering the Modernisation of Chinese Medicine.jpg

Pusat ini telah mengambil bahagian secara aktif dalam persidangan media untuk Pelan Lima Tahun “Penyelidikan tentang Pemodenan Perubatan Cina” yang telah diadakan pada bulan September 2019. Sumbangan Nutrilite kepada inisiatif ini membuktikan dedikasinya dalam menggabungkan kehebatan tradisional dengan inisiatif sains moden bagi mencipta penyelesaian kesihatan dan kesejahteraan yang termaju.

Legasi Usahasama dan Penemuan

Legasi perintis inovasi Nutrilite kini sudahpun menjangkau 90 tahun yang mengagumkan serta didorong oleh komitmen tanpa goyah untuk mengembangkan sains pemakanan. Daripada penemuan awal hinggalah penubuhan Pusat Penyelidikan Botani Amway yang canggih, perjalanan kami merupakan penemuan dan kemajuan yang tiada kesudahan.

Nutrilite memastikan produk kami kekal di barisan hadapan penyelidikan dan pembangunan pemakanan dengan perkongsian dan kerjasama secara aktif bersama-sama pakar di seluruh dunia. Pencapaian perintis ini menekankan dedikasi kami terhadap kecemerlangan saintifik dan potensi berterusan untuk merevolusikan bidang perubatan herba.

Pusat Penyelidikan Botani Amway di Wuxi, China ini merupakan bukti inovasi, kerjasama dan wawasan bersama demi masa hadapan yang lebih sihat. Nutrilite memperkasakan individu untuk mengawal kesihatan dan kesejahteraan mereka, satu tumbuhan pada satu-satu masa dengan membongkar rahsia semula jadi.

Tahukah anda bahawa Nutrilite kini berusia 90 tahun? Sertai sambutan #PowerOf90 di sini.