Floating Icon
28 AUG 2024 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 211 LIHAT 16 BERKONGSI

Nutrilite – Jenama yang Mendahului Masanya!

Di kaki Mt. Adams yang terletak di Selatan Washington, terbentang luas tanah melebihi 400 ekar yang kaya dengan nutrien malahan sesuai untuk bercucuk tanam. Keadaan ini menjadi aspek yang lebih bermakna, seperti yang telah kita bincangkan dalam artikel sebelum ini dalam amalan perladangan mampan.

Nutrilite understands the importance of healthy soil.jpg

Tanaman ini serta tanaman lain diusahakan di ladang sebesar Central Park, New York City yang jaraknya hanya beberapa ratus batu. Tanaman ini turut mendapat bekalan air bersih dari Lembangan Sungai Columbia. Kemudian kembara menuju Selatan ke wilayah Petacal Mountain yang terletak di barat daya Mexico. Di sana anda akan mendapati lebih daripada 1,500 ekar tanah ladang yang mengusahakan segala macam tanaman daripada oren hingga bayam. Merentasi khatulistiwa ke Ubahara, Brazil pula anda akan menemui ladang yang mengusahakan tanaman ceri, jambu batu dan gajus.

Every Nutrilite farm is carefully managed to produce the highest quality ingredients.jpg

Walaupun kedudukan ladang tersebut berselerak di merata dunia, kedudukan ini berkongsi ikatan sama yang menjadi nadi Nutrilite. Ladang-ladang ini menghasilkan buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan tumbuhan lain yang membentuk asas kepada pekatan tumbuhan Nutrilite iaitu bahan utama dalam jenama vitamin dan suplemen diet No. 1 dari segi jualan di dunia*.

Para pengguna hari ini yang mementingkan kesihatan mempercayai Nutrilite kerana komitmennya terhadap kualiti dan ketelusan. Namun begitu, kebanyakan orang mungkin tidak menyedari bahawa dedikasi Nutrilite terhadap amalan mampan dan perladangan organik sudah pun bermula sejak lebih daripada 80 tahun lalu—lama sebelum amalan ini menjadi standard industri.

Permulaan yang Berwawasan

Nutrilite telah diasaskan oleh Carl Rehnborg, seorang lelaki yang mendahului masanya. Pada 1950-an, apabila populariti Nutrilite melonjak, Carl menyedari dengan pantas keperluan untuk memiliki lebih banyak tanah ladang bagi memenuhi permintaan untuk suplemen makanannya. Ladang asal di Buena Park, California tidak lagi dapat menampung keperluan pengeluaran yang kian meningkat.

Nutrilite founder Carl Rehnborg.jpg

Pada Mac 1951, Carl membeli sebidang tanah seluas 100 ekar di Hemet, California dan memindahkan operasi di sana. Kedudukannya yang terletak di Lembah San Jacinto sangat ideal untuk mengusahakan tanaman asas untuk suplemen Nutrilite. Ladang tersebut menggabungkan unsur utama yang Carl percaya amat penting untuk tumbesaran tumbuhan yang unggul: tanah yang kaya nutrien, iklim panas dengan musim pertumbuhan yang panjang dan akses kepada akuifer yang dalam untuk bekalan air yang konsisten.

Merintis Amalan Mampan

Wawasan Carl untuk Nutrilite bukanlah sekadar menghasilkan suplemen tetapi menanamnya secara mampan. Beliau memahami bahawa tumbuhan sihat bermula dengan tanah yang sihat. Malahan beliau komited terhadap kaedah perladangan yang memperkayakan bumi daripada menyusutkan. Pendekatan kepada pertanian ini adalah revolusioner pada masa itu dan meletakkan asas untuk amalan mampan yang kini menjadi ciri operasi Nutrilite di seluruh dunia.

Legasi Kualiti dan Kepercayaan

Hari ini, ladang Nutrilite terus mengekalkan komitmen Carl terhadap kualiti, kemampanan dan inovasi. Sama ada tanah gunung berapi Washington, tanah subur Mexico atau iklim tropika Brazil, setiap ladang Nutrilite diurus dengan teliti bagi menghasilkan bahan yang paling berkualiti tinggi. Dedikasi untuk kecemerlangan ini memastikan setiap suplemen Nutrilite padat dengan nutrien yang diperlukan oleh pengguna agar dapat menyokong kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Nutrilite Pioneering Sustainable Practices.jpg

Perjalanan Nutrilite daripada ladang kecil di California kepada peneraju global dalam suplemen diet merupakan bukti wawasan dan keazaman Carl Rehnborg. Penerimaan awal amalan perladangan oleh Carl telah membezakan Nutrililte dan membuka jalan untuk masa hadapan yang lebih mampan dalam sektor pertanian.

Nutrilite bukan sekadar jenama, ia adalah legasi kepercayaan, inovasi dan komitmen untuk menyuburkan dunia—satu suplemen pada satu-satu masa.

Tahukah anda bahawa Nutrilite kini berusia 90 tahun? Sertai sambutan #PowerOf90 di sini.

*Sumber: GlobalData, https://gdretail.net/amway-claims/