Floating Icon
26 SEP 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 372 LIHAT 2 BERKONGSI

Bubur Molek Santan



Bahan-bahan (untuk 1 orang):

  • 50g kurma merah, direndam
  • 5g biji chia
  • 5g gula
  • 8ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table by Nutrilite
  • 50g betik masak
  • 5g barli, direndam
  • 20g kulat putih, direndam
  • 5g biji teratai, direndam
  • 400ml air

Campuran santan

  • 30g santan segar
  • 1 helai daun pandan, disimpul
  • 10g gula melaka
  • 1g garam
  • 10ml air

Cara:

  1. Keluarkan biji kurma merah yang telah direndam dan potong dua.
  2. Didihkan 150ml air dan masak kurma merah, biji chia dan gula dengan api kecil sehingga sangat lembut. Jadikan puri dengan pengisar dan tambah Minyak Biji Chia Putih untuk membuat marmalad kurma. Biarkan sejuk.
  3. Kupas betik dan potong dadu. Ketepikan.
  4. Masukkan barli yang telah direndam, kulat putih dan biji teratai ke dalam mangkuk. Kukus dengan 250ml air selama 3 jam dan ketepikan.
  5. Di dalam periuk, tuang santan segar dengan 10ml air dan masukkan daun pandan. Biarkan mendidih. Perasakan dengan gula merah dan garam.
  6. Sediakan mangkuk lain dan lapiskan marmalad kurma di dasarnya sebagai asas. Masukkan betik dadu dan kuah barli ke atas marmalad, kemudian tuang campuran santan.
  7. Hidangkan panas atau sejuk – selamat menikmati!