Floating Icon
18 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1099 LIHAT 13 BERKONGSI

Tahniah kepada Pemenang yang Berjaya Menurunkan Berat Badan dan Lemak 2019

Kemenangan Besar: 90% Turun Berat Badan!

BodyKey Fit with Challenge 2019


Semua keringat dan air mata yang tumpah selama 30 atau 60 hari dalam misi menurunkan berat badan untuk memperoleh bentuk badan yang lebih menarik telah membuahkan hasil. Temui pasukan-pasukan yang berjaya melepasinya dan 4 PASUKAN TERATAS yang menyertai BODYKEY FIT WITH CHALLENGE 2019. TAHNIAH WARGA BODYKEY!


30 Hari

Superwomen BodyKey Fit with Challenge winners

Superwomen (aka Soonye36)

Penurunan Berat Badan Tertinggi
  • Jumlah penurunan berat: 28.1kg
  • Purata setiap orang: 9.37kg

Kami adalah wanita yang berkerjaya profesional yang kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk makan sajian yang sihat atau kerap bersenam agar kekal cergas. Tetapi Cabaran ini adalah satu desakan yang perlu agar kami kekal bermotivasi demi mengubah gaya hidup kami, tampil dan berasa lebih baik selain memenangi hadiah yang hebat itu. Komuniti BodyKey, produk Nutrilite dan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan menjadikan kami mampu meneruskan cabaran sehingga ke hari terakhir. Ingin menurunkan berat badan dengan cara yang betul? BodyKey boleh membantu!

Chia Peck Sim | Tan Chai Shya | Goh Hui Sia


Slayfit Squad BodyKey Fit with Challenge winners

SLAYFIT SQUAD (aka SAC3043)

Pengurangan Lemak Tertinggi
  • Jumlah pengurangan lemak: 18.1%
  • Purata setiap orang: 6.03%

BodyKey bukan sekadar jenama yang menjual produk. Ia adalah pelan yang membantu anda merancang perniagaan dan gaya hidup anda. Ia juga merupakan komuniti yang berasaskan kerja berpasukan dan dedikasi untuk bukan hanya kekal sihat tetapi untuk menggalakkan orang lain kekal positif dan yakin. Pasukan saya berasa lapar sepanjang tempoh Cabaran tetapi Panduan 15 Hari BodyKey sangat membantu. Kami menjadikannya mudah. Kami mematuhi pelan sajian, dengan fokus untuk menang dan kekal sihat selain saling ingat-mengingati antara satu sama lain hingga ke akhirnya. Hari ini, kami bukan sekadar pemenang Cabaran ini tetapi kami juga adalah pemimpin yang memberi teladan kepada orang lain untuk mencontohi kami!

Lor Cheng Sun | Ch'ng Gim Kang | Donny Song T'eh Hock Ching


60 Hari

CA Terminator AJK BodyKey Fit with Challenge winners

CA TERMINATOR AJK

Penurunan Berat Badan Tertinggi
  • Jumlah penurunan berat: 57.3kg
  • Purata setiap orang: 19.1kg

Rakan sepasukan saya mengalami kesukaran melakukan tekan tubi apabila Cabaran ini bermula. Hari ini, dia boleh melakukan 200 tekan tubi dalam satu hari. Jika itu tidak meyakinkan anda bahawa BodyKey memang berkesan, kami tidak tahu apa lagi yang akan meyakinkan anda. Dahulu, kami biasanya membeli pakaian bersaiz XL. Sejak itu, kami telah menukar koleksi pakaian kami dan mencari pakaian bersaiz M dan S. Sebelum menyertai BodyKey, sesetengah daripada kami telah didiagnosis dengan hipertensi dan tahap kolesterol yang tinggi. Hari ini, tahap kesihatan kami bertambah baik. BodyKey bukan sahaja mengubah hidup kami tetapi menjadikan orang lain kagum melihat kami dan menyakinkan mereka bahawa BodyKey juga berkesan!

Anson Ling | Jack Kong | Kelvin Kong


Survivor BodyKey Fit with Challenge winners

SURVIVOR

(aka Soonye604)

Pengurangan Lemak Tertinggi
  • Jumlah pengurangan lemak: 32.0%
  • Purata setiap orang: 10.67%

Kami makan bersama. Kami bersenam bersama. Kami saling menahan diri daripada keinginan untuk makan yang membuak-buak. Begitulah cara kami menang! Perbezaan antara program BodyKey dan program penurunan berat badan atau lemak yang lain? Komuniti BodyKey yang teguh dan sangat menyokong membantu anda kekal bermotivasi sepanjang tempoh cabaran. Kami gembira menyertai BodyKey Fit with Challenge 2019 kerana pelan sajian berkalori rendah yang khusus dan bimbingan peribadi daripada InBodyWATCH terbukti menjadi aksesori yang hebat untuk transformasi kami. Terima kasih BodyKey, terima kasih Amway!

Lee Bee Yoke | Koay Kit Hoe | Chia Peck Boey