Floating Icon
13 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 1001 LIHAT 20 BERKONGSI

Jangan Biarkan Cuaca Menghalang Anda!

Jangan Biarkan Cuaca Menghalang Anda!

Jaga kesihatan tubuh dan minda anda dengan aktiviti dalam bangunan yang baru.

Kita semua tahu betapa pentingnya senaman dalam kehidupan kita tetapi cuaca buruk boleh melunturkan motivasi kita untuk melakukannya di luar. Mengapa tidak pilih aktiviti dalam bangunan untuk membuatkan anda teruja untuk cergas?

Terdapat pelbagai aktiviti dalaman yang boleh anda gunakan untuk bersenam, dan semuanya boleh disuaikan dengan keperluan yang berlainan


Jadikannya Aktiviti Sosial

Segelintir orang lebih suka bersenam bersama-sama teman. Sungguhpun kita semua masih perlu mengamalkan penjarakan fizikal, masih ada peluang untuk berbuat begitu!

Jika anda lebih suka duduk di rumah dan seorang introvert, mengapa tidak cuba bersenam di rumah? Ikuti beberapa sesi latihan maya seperti senaman maya #noexcuseswithXS kami. Sesi IGTV ini tersedia di akaun Instagram kami @xs_msb. Jangan lupa untuk ‘follow’ kami dan dapatkan lebih banyak maklumat tentang produk, promosi dan pengembaraan baru yang mengujakan!@xs_msb.


Jadikannya kompetitif

Mungkin anda lebih suka berhadapan terus dengan seseorang dan benar-benar menunjukkan sisi kompetitif anda. Mungkin bagus untuk melakukan sukan baru dengan seseorang supaya anda boleh maju bersama-sama dan menjalin ikatan dengan aktiviti baru. Mengapa tidak belajar bermain badminton dengan pasangan anda, mencabar sahabat baik dalam permainan skuasy atau berlawan pingpong dengan bapa anda?


Lineup shot of XS Energy Drinks and XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour


Jadikannya tentang diri anda

Bagi sesetengah orang, senaman adalah sesuatu yang boleh dilakukan sendiri, merasai otot anda meregang dan melihat hasilnya. Jika ini adalah anda, mengapa tidak mencuba aktiviti intensiti tinggi seperti menari, memanjat batu atau bertinju.

Keadaan dunia pada masa ini dan perintah kawalan pergerakan mungkin telah mendorong anda untuk menjamu selera lebih sedikit tetapi kerap bersenam dan diet yang teratur boleh mencegah kenaikan berat badan. 

Bersenam boleh memberi kesan positif terhadap minda dan juga tubuh kita. Ia berpotensi untuk memperbaiki keadaan mental kita dengan menyingkirkan kesan sampingan tekanan dan membantu kita mencari ketenangan diri.

Jaga tubuh anda pada musim ini dan pilihan aktiviti yang tepat juga membolehkan anda kekal bermotivasi dan berseronok.

Jaga tubuh anda dari dalam ke luar! Regangkan otot dan bina kekuatan anda dengan cara yang betul dengan XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour. Mencari rangsangan tenaga yang pantas? Cubalah pilihan perisa hebat Minuman Tenaga XS!