Floating Icon
14 JUN 2024 GAYA HIDUP 0 MINIT BACA 1210 LIHAT 45 BERKONGSI

Kegemaran Pelanggan 2024 – Deodoran Antipeluh Berbuli g&h Protect

Kita sering berhadapan dengan mitos tentang produk penjagaan diri dan satu salah tanggapan yang lazim ialah minyak wangi boleh digunakan untuk menggantikan deodoran berbuli. Dalam siri Kegemaran Pelanggan ini, mari kita bongkar mitos tersebut dan dalami peranan unik yang dimainkan oleh produk ini.

Walaupun minyak wangi menambah haruman yang menyenangkan pada badan anda, deodoran berbuli bertindak dengan fungsi khusus untuk mengawal dan meneutralkan bau badan. Mari kita terokai topik ini sambil kita meneruskan siri Kegemaran Pelanggan serta membongkar mitos tersebut.



Mitos: Menggunakan Minyak Wangi Berbanding Deodoran Berbuli

The Myth - Using Perfume Instead of Roll-On Deodorant.jpg

Salah tanggapan ini berpunca daripada idea bahawa kedua-dua minyak wangi dan deodoran berbuli memberikan bau yang menyenangkan. Namun begitu, kedua-dua produk ini mempunyai tujuan yang berbeza. Minyak wangi dapat meningkatkan daya tarikan peribadi dengan aroma yang menyenangkan, manakala deodoran berbuli pula dirumus untuk mengawal dan meneutralkan bau badan yang terhasil daripada penguraian oleh bakteria atau peluh.



Memahami Peranan Deodoran Berbuli

Deodoran berbuli berfungsi dengan cara yang berbeza berbanding minyak wangi. Ia mengandungi bahan aktif seperti sebatian berasaskan aluminium yang menghalang pertumbuhan bakteria penyebab bau, mengawal lembapan dan mengekalkan kesegaran sepanjang hari. Ada juga yang mempunyai sifat antipeluh bagi mengurangkan peluh yang berlebihan.



Kepentingan Kawalan Peluh

The Importance of Sweat Control.jpg

Bau badan berpunca daripada penguraian peluh oleh bakteria, bukan akibat peluh itu semata-mata. Peluh tidak berbau sehinggalah bakteria pada kulit kita memetabolismekan komponennya lalu menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Dalam proses ini, deodoran berbuli bertindak dengan meminimumkan pertumbuhan bakteria dan menangani masalah berkaitan peluh yang tidak dapat dilakukan oleh minyak wangi.



Pemilihan Haruman dan Keutamaan Peribadi 

Walaupun pilihan haruman peribadi berbeza-beza, minyak wangi menawarkan rangkaian yang luas untuk memenuhi pelbagai citarasa. Manakala deodoran berbuli biasanya menawarkan bau yang lebih lembut dengan memberikan kefleksibelan dalam pilihan haruman yang boleh dilapisi dengan minyak wangi jika mahu.



Kebersihan dan Keyakinan

Hygiene and Confidence.jpg

Mengekalkan kebersihan peribadi yang betul adalah penting demi kesejahteraan dan keyakinan keseluruhan. Walaupun minyak wangi meningkatkan daya tarikan peribadi, ia tidak seharusnya digunakan untuk menggantikan deodoran berbuli. Deodoran berbuli yang dirumus dengan teliti dapat mengawal bau badan dengan berkesan serta memberikan kesegaran berpanjangan untuk keyakinan dalam persekitaran sosial dan profesional.



Saranan Kami – Deodoran Antipeluh Berbuli g&h Protect

Our Recommendation – g&h Protect Antiperspirant Deodorant Roll-On.jpg

Temui Deodoran Antipeluh Berbuli g&h Protect baharu! Dengan rumusan cepat kering berasaskan tumbuhan serta haruman yang tahan lama, deodoran berbuli ini memastikan anda kekal segar dan kering. Malahan rumusannya yang tanpa paraben, tidak diuji ke atas haiwan dan diperakui vegan juga tidak akan meninggalkan tanda pada kulit mahupun pakaian anda. Selain itu, ia membantu untuk mengekalkan perintang lembapan semula jadi kulit.

Bagi mereka yang memilih untuk tidak menggunakan deodoran berbuli terus pada kulit mereka, jangan bimbang. Deodoran Antipeluh Semburan g&h Protect menawarkan manfaat yang sama dalam bentuk semburan yang mudah.

 

Paling penting, kedua-dua deodoran telah diuji secara dermatologi, sesuai untuk semua jenis kulit, diperakui vegan serta bebas paraben dan alkohol.



Rangkaian g&h Protect

g&h Protect Range.jpg

Tahukah anda bahawa deodoran yang kami syorkan sebelum ini merupakan sebahagian daripada rangkaian g&h Protect yang hebat? Memperkenalkan tiga produk baharu, segar dan harum yang dicipta khusus untuk melegakan, membersih dan melindungi kulit anda yang begitu berharga. Rahsia di sebalik produk yang hebat ini bergantung pada teknologi bersasar yang mengandungi kebaikan berasaskan tumbuhan. Rangkaian ini diperbuat menggunakan bahan yang dipilih dengan teliti seperti air cica, rosemary, prebiotik dan ekstrak teh hijau yang diluluskan oleh Nutrilite untuk memberikan anda pengalaman terunggul dalam membelai kulit anda. Percayalah, rutin penjagaan badan anda tidak akan sama lagi apabila anda mencuba produk hebat ini! 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk yang menakjubkan ini, klik di sini.



Sumber:

1. Rele, Aarti S., and R. B. Mohile. "Effect of fragrance on human psychophysiological activity: with special reference to human electroencephalographic response." The Journal of the Society for Cosmetic Chemists 52.6 (2001): 311-324.

2. Carr, David J. "Antiperspirants and deodorants." Clinics in dermatology 19.4 (2001): 428-433.

3. Sagredo, Marlen, Julio Iturriaga-Vásquez, and Maricela Villegas. "Metabolism of chemical compounds in human skin: benefits and risks." Chemistry and biodiscovery 3.6 (2006): 616-627.