Floating Icon
01 SEP 2023 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 684 LIHAT 64 BERKONGSI

Bergerak cergas dengan Pad Berjalan Gintell



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita melihat lebih banyak kes individu sihat meninggal dunia akibat serangan jantung tanpa dijangka, sesetengahnya berusia 40-an. Dengan seluruh negara menggemari masakan yang kaya (selalunya berminyak, berlemak dan bergula), Malaysia tidak terkecuali.

Menurut Kementerian Kesihatan, rakyat Malaysia kini menghidap penyakit jantung pada usia yang jauh lebih muda berbanding dengan rakan sebaya mereka di negara-negara lain1. Pada 2017, rakyat Malaysia menghidap penyakit jantung seawal usia 58 tahun.



Bolehkah anda berjalan ke arah gaya hidup yang lebih sihat?

Penyelidikan menunjukkan bahawa berjalan antara 6,000 dan 9,000 langkah setiap hari dikaitkan dengan risiko penyakit kardiovaskular yang lebih rendah untuk orang dewasa yang lebih tua2. Selain itu, American Heart Association mencadangkan bahawa berjalan pantas selama 20 minit setiap hari (30 minit jika boleh) boleh membantu mengekalkan kesihatan kardiovaskular dan mengurangkan risiko penyakit jantung3.

Tidak dinafikan bahawa senaman yang kerap digabungkan dengan diet seimbang (fikirkan banyak bijirin tulen, buah-buahan dan sayur-sayuran) sangat penting untuk gaya hidup sihat. Walau bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai akses mudah ke tempat yang selamat dan tidak tercemar, apatah lagi kawasan hijau yang sesuai untuk berjalan setiap hari.

Inilah masanya untuk membawa senaman di rumah anda ke peringkat seterusnya



Dengan 36 program kesihatan pratetap dan julat kelajuan sehingga 12km sejam, Pad Berjalan Gintell menawarkan cara yang mudah dan selamat untuk bersenam di rumah. Kestabilan 180° termaju dengan High Density Board membantu mencegah kecederaan manakala teknologi pengkusyenan menyerap kira-kira 35% impak bagi perlindungan sendi pinggul, lutut dan buku lali anda yang mudah cedera.



Selain itu, panel LED yang mudah dibaca membolehkan anda menjejaki kemajuan harian dengan jarak, kalori, kiraan langkah, masa, kelajuan dan nadi semuanya sepintas lalu. Malah, anda juga boleh menyambung ke Persekitaran Senaman Maya dan bersenam dengan rakan dan keluarga melalui aplikasi Gintell Fit.



Anda kata 36 program kesihatan pratetap?

Ya betul. Oleh sebab tahap kecergasan dan keperluan kesihatan berbeza-beza bagi setiap orang, 36 program kesihatan pratetap ini disesuaikan untuk pelbagai tahap kecergasan untuk memenuhi keperluan yang berbeza:

Mulakan dengan program P1 hingga P9 untuk Peningkatan Stamina sebelum beralih ke P10 hingga P18 untuk Pembakaran Lemak. Jika anda sudah bersedia untuk latihan keras, pilih dari P19 hingga P27 untuk Latihan Kecergasan dan akhir sekali, P28 hingga P36 untuk Membangunkan Atlet terunggul.

  • Rendah – tingkatkan daya tahan asas dan pemulihan
  • Sederhana – tingkatkan kecergasan aerobik
  • Tinggi – tingkatkan kapasiti oksigen dan bakar kalori
  • Maksimum – tingkatkan daya tahan dan jumah kapasiti senaman

Reka bentuk yang mewah, pad berjalan kompak ini lebih mudah untuk dialihkan berbanding sawat Injak (treadmill) yang tradisional. Jadi, jika anda bosan dengan pemandangan biasa, anda boleh mengubahnya dengan bersenam di mana-mana bilik yang anda suka! Ia juga boleh dilipat untuk menjimatkan ruang dan boleh disimpan di bawah katil anda atau di sudut dengan kemas.

Tunggu apa lagi? Dapatkan Pad Berjalan Gintell di Amway.my hari ini!

Sila klik di sini untuk menyemak sama ada alamat anda berada dalam kawasan penghantaran

sebelum memesan.

Rujukan:

  1. https://www.nst.com.my/news/nation/2018/10/419749/malaysians-developing-heart-disease-younger-age
  2. Amanda E. Paluch, Shivangi Bajpai, Marcel Ballin, David R. Bassett, Thomas W. Buford, Mercedes R. Carnethon, Ariel Chernofsky, Erin E. Dooley, Ulf Ekelund, Kelly R. Evenson, Deborah A. Galuska, Barbara J. Jefferis, Lingsong Kong, William E. Kraus, Martin G. Larson, I-Min Lee, Charles E. Matthews, Robert L. Newton Jr, Anna Nordström, Peter Nordström, Priya Palta, Alpa V. Patel, Kelley Pettee Gabriel, Carl F. Pieper, Lisa Pompeii, Erika Rees-Punia, Nicole L. Spartano, Ramachandran S. Vasan, Peter H. Whincup, Shengping Yang, Janet E. Fulton and for the Steps for Health Collaborative. 2023. Prospective Association of Daily Steps With Cardiovascular Disease: A Harmonized Meta-Analysis. Circulation. 2023;147:122–131. https://doi.org/10.1161/CIRCULATIONAHA.122.061288.
  3. Jerome GJ, Boyer WR, Bustamante EE, Kariuki J, Lopez-Jimenez F, Paluch AE, Swift DL, Webber-Ritchey KJ, Barone Gibbs B; on behalf of the American Heart Association Physical Activity Committee of the Council on Lifestyle and Cardiometabolic Health; Council on Cardiovascular and Stroke Nursing; Council on Clinical Cardiology; and Council on Peripheral Vascular Disease. Increasing equity of physical activity promotion for optimal cardiovascular health in adults: a scientific statement from the American Heart Association. Circulation. 2023;147:1951–1962. https://doi.org/10.1161/CIR.0000000000001148