Floating Icon
23 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 5 MINIT BACA 1025 LIHAT 7 BERKONGSI

Gaya Sedia Ke Pentas Pertunjukan Daripada ARTISTRY Untuk Berlatih Di Rumah

Keluar dari rumah bukan lagi agenda kebanyakan orang sejak akhir-akhir ini kerana kita semua memainkan peranan dalam mengamalkan penjarakan sosial, menentang penularan koronavirus dan meratakan lengkung.

Terima kasih kepada masyarakat tanpa wayar kita, walau bagaimanapun, ini tidak bermakna kita tidak berpeluang untuk melihat orang ramai dan dilihat oleh orang lain. Sidang video telah lama digunakan di tempat kerja. Kini kelab buku, makan malam keluarga luas, waktu minum santai dan kelas senaman juga turut serta.

Jadi, apa salahnya anda mempersembahkan penampilan anda yang terbaik dan merasa yakin apabila anda klik pada ikon kamera? Malah anda juga boleh menggunakan lebihan masa yang ada untuk mencuba beberapa gaya baru.


Artistry Studio Tokyo Group Flatlay

Dapatkan Gaya Yang Dihendaki

Perlukan idea? Bagaimana dengan gaya sedia ke pertunjukan pentas yang dicipta oleh Rick DiCecca Pengarah Kreatif Rekaan Solekan ARTISTRY?

Rick menggunakan ARTISTRY STUDIO Tokyo Edition baru untuk penampilannya. Produk ini diinspirasikan oleh fesyen, warna dan kawaii Tokyo, salah satu bandaraya terbesar di dunia. Kawaii ialah perkataan dalam bahasa Jepun yang diterjemahkan kepada ‘comel’, adalah mengenai keseronokan, kecantikan dan suka main-main.

“Matlamat saya ialah mencipta rekaan solekan yang anggun, kedua-duanya dalam warna dan bentuk, dan berfungsi pada pelbagai tona kulit dan raut wajah,” kata Rick. “Rona dan kemasan dalam ARTISTRY STUDIO Tokyo Edition baru membuatkan gaya ini mudah dicapai.”

Bersedia untuk mencipta gaya mudah anda? Mari kita mulakan!


Prepare Your Skin Runway

Persiapkan Kulit Anda

Mempersiapkan kulit anda sebelum bersolek adalah langkah penting. Pertama, sapukan ARTISTRY HYDRA-V Fresh Toner pada muka anda menggunakan pad kapas. Kemudian, sapukan beberapa pam ARTISTRY SIGNATURE SELECT Personalized Serum bersama Hydration Amplifier pada muka anda, pastikan mengurutnya ke dalam kulit anda untuk hasil yang terbaik.

Ikuti dengan ARTISTRY HYDRA-V Refreshing Eye Gel Cream dan ARTISTRY SUPREME LX Regenerating Eye Cream di sekeliling kawasan mata, mengikut urutan itu. Selesaikan dengan mengurut ARTISTRY SUPREME LX Regenerating Cream pada muka anda.


Runway Face Tokyo Edition

Muka

Beralih pada solekan pula, dapatkan ARTISTRY STUDIO Correct & Perfect Face Compact, ARTISTRY EXACT FIT Perfecting Concealer dan ARTISTRY EXACT FIT Perfecting Loose Powder dalam rona yang sesuai dengan tona kulit anda.

Sapukan pembetul warna pada muka anda dan kawasan di bawah mata untuk membetulkan sebarang kemerahan kulit, perubahan warna atau lingkaran hitam. Gunakan warna hijau untuk membetulkan kemerahan, lavender untuk meratakan tona serta kecerahan dan pic gelap untuk lingkaran hitam di bawah mata atau perubahan warna kulit.

Sapukan bedak asas daripada Perfect Face Compact pada muka anda menggunakan aplikator span atau jari anda. Kemudian, ambil ARTISTRY EXACT FIT Perfecting Concealer dan sapukan pada mana-mana kawasan yang memerlukan liputan tambahan.

Jika anda inginkan lebih lagi kemasan separa pusam, dengan perlahan sapukan ARTISTRY EXACT FIT Perfecting Loose Powder dalam rona pilihan pada muka anda.


Runway Eyes Tokyo Edition

Mata

Langkah pertama ialah mengambil ARTISTRY STUDIO Eye & Lip Beauty Box Kabuki Glam. Sapukan pembayang mata rona #5 di atas kelopak mata anda dari garis bulu mata atas ke lipatan. Campurkan pembayang yang sama di sepanjang garis bulu mata bawah.

Kemudian, sapukan pembayang mata rona #3 ke tengah kelopak mata dan adunkan ke arah dalam dan luar kelopak mata untuk meratakan kesan kilauan. Sapukan semula pembayang mata #5 pada kawasan sepanjang bulu mata atas dan bawah serta ke dalam lipatan untuk meningkatkan kesan kelabu asap.

Adunkan pembayang mata rona #1 ke kawasan betul-betul di bawah kening, jika perlu, untuk menyerlahkannya lagi.

Seterusnya, sapukan ARTISTRY STUDIO Mascara Base Primerdi atas bulu mata atas dan kemudian di bawah hingga ke hujungnya. Dengan menggunakan sisi berbilang baris tetongkat ARTISTRY STUDIO Lash Boosting 3-in-1 Mascara yang dipanjangkan sepenuhnya, sapu maskara ke atas dan kemudian ke bawah hingga ke hujungnya.

Ikutinya dengan sapuan kedua maskara primer pada bulu mata atas dan kemudian bawah hingga ke hujungnya. Pusingkan tetongkat untuk memendekkannya dan celup bulu. Kemudian sapukan maskara pada bulu mata dengan menggerakkan sisi berbilang baris pada pangkal bulu mata sebelum meluncurkannya hingga ke hujungnya.

Kemaskan dengan tetongkat yang dipanjangkan sepenuhnya dan menggunakan sisi baris tunggal berus, sapu pada bulu mata untuk menambah panjang dan kejelasan.


Runway Brows Tokyo Edition

Kening

Penuhkan kening dengan ARTISTRY STUDIO Power Brow Pen sama ada Ginza Chai Latte Brown atau Ginza Cocoa Dark Brown. Dengan menggunakan hujung dan sisi bersendi aplikator, cipta gaya alis kening dengan calitan yang pendek, nipis yang pantas.


Runway Cheeks Tokyo Edition

Pipi

Buka ARTISTRY STUDIO Oh-So-Cheeky Blusher dengan memutar simbol buka di bahagian atas. Sedia untuk disapu dengan menekan span ke bawah.

Menggunakan rona pilihan anda—Kimono Nude, Kimono Poppy atau Kimono Coral—mula menyapu pada bahagian luar tulang pipi, menepek-nepekkan span aplikator sepanjang tulang pipi ke arah telinga anda dan kemudian menggunakan span untuk mengadun.

Menggunakan rona yang sama, hiasi muka anda perlahan-lahan dengan warna, menyapu di sekeliling pelipis, sepanjang garis rambut, garis rahang, hampir ke telinga anda dan di bawah telinga di sepanjang leher anda.


Runway Lips Bangkok Edition

Bibir

Untuk sentuhan terakhir, Rick menggunakan ARTISTRY STUDIO 2-in-1 Matte Lip Crayon daripada Edisi Bangkok, sama ada Rose Goddess atau Spice Goddess.


Akhirnya, anda sudah siap untuk menunjukkan wajah anda di mesyuarat sidang video atau pesta atau hanya berjalan keluar untuk mengambil surat atau melambai kepada jiran anda.