Floating Icon
17 JAN 2024 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 5877 LIHAT 171 BERKONGSI

Ambil C & Lihat Serinya

Ia bukan sesuatu yang sukar dipercayai; Vitamin C (juga dikenali sebagai asid askorbik!) sering dianggap sebagai vitamin serba guna, dan ia membantu tubuh anda dari segi membekalkan tenaga dan merangsang sistem imun. Paling bagus, ia ditunjukkan paling jelas melalui kulit anda.

Vitamin C ialah antioksidan larut air yang menentang gangguan dan kerosakan sel. Tubuh menggunakannya untuk mengekalkan keseimbangan sel-sel yang sihat dengan yang mungkin berbahaya seperti virus dan bakteria.

Boing. Boing. Kulit Anjal.

Kajian menunjukkan bahawa kolagen iaitu salah satu komponen utama tisu penghubung yang menjadikan kulit kita kuat, dihasilkan dan ditambah dengan lebih baik apabila terdapat jumlah vitamin C yang mencukupi. Ini kerana ia menyediakan enzim yang diperlukan untuk menggalakkan struktur, kekuatan dan vitaliti yang lebih baik. Hasilnya kulit lebih sihat dan berseri-seri.

Tanpa kolagen yang sihat, tekanan pada kulit akan merosakkan dan menghalang proses pembaikan semula jadi kulit. Barisan pertama pertahanan tubuh akan mencetuskan keradangan untuk menghentikannya dan kesannya ditunjukkan sebagai garis-garis, kedutan, kulit kendur, malah jerawat. Sebagai antioksidan, vitamin C mengurangkan kerosakan radikal bebas dan membaiki kulit dari masa ke masa.

Contoh yang baik ialah selaran matahari iaitu kulit cuba menghalang kerosakan yang lebih teruk dengan mewujudkan tindak balas keradangan terhadap UV dan pendedahan haba yang berpanjangan. Antioksidan bukan sahaja membantu menyokong bekalan untuk kulit yang kuat tetapi juga membantu menangkis penuaan pramatang disebabkan pendedahan kepada radiasi UV yang berulang dan kerosakan akibat haba di permukaan.

Sebagai bonus tambahan, vitamin C juga ditunjukkan mempunyai ciri-ciri antikarsinogenik yang mencegah kanser kulit.

8 hour extended release with bio c

Perlahan & Berterusan Untuk Memenangi Perlumbaan – Formula 8 Jam Bio C

Walaupun tubuh perlu mendapatkan vitamin C yang secukupnya sepanjang hari, ini mungkin menjadi cabaran kerana jumlahnya yang paling tinggi terdapat di dalam buah-buahan, terutamanya jenis yang sangat berasid seperti oren, limau gedang dan sitrus yang lain. Sebagai nutrien larut air, ia juga tidak disimpan di dalam tubuh dalam tempoh yang lama dan apa-apa yang tidak digunakan oleh tubuh pada dasarnya akan hilang atau terkumpul di dalam tubuh dan menyebabkan ketidakselesaan.

Daripada makan sebiji buah setiap jam untuk memastikan anda mendapat vitamin C secukupnya, Kandungan satu tablet Bio C sahaja adalah bersamaan dengan beberapa biji oren. Ia juga dirumus untuk membebaskan vitamin C perlahan-lahan dalam tempoh 8 jam untuk memastikan tubuh anda mempunyai bekalan yang berterusan untuk meminimumkan pembaziran.

Pilihan tepat untuk orang yang menjalani gaya hidup yang sibuk dan banyak tekanan – Bio C bukan sahaja memberikan bekalan berterusan vitamin serba guna ini, ia juga mengandungi nutrien tumbuhan lain agar menyerupai spektrum nutrien semula jadi yang terdapat di dalam buah-buahan seluruhnya. Ini meningkatkan keberkesanannya berbanding suplemen vitamin C asingan konvensional yang lain.

Sahabat setia bagi sebarang rutin kesihatan dan penjagaan kulit, Bio C adalah semula jadi sepenuhnya dan mudah diambil setiap hari!