Setiap pagi seharusnya istimewa. Bagi kebanyakan orang, ritual pagi tidak lengkap tanpa secawan kopi yang enak, sama ada ia dibru secara manual atau menggunakan pembancuh kopi. Selama berabad-abad, kopi titisan telah memberikan pengalaman kopi gourmet yang hebat dan digemari secara meluas di seluruh dunia.
Sangat sesuai untuk memulakan hari anda atau sebagai pencetus tenaga pada waktu tengah hari, Kopi Titisan Vergold didatangkan dalam dua varian kopi titisan yang lazat. Sajian 100% kopi kisar Arabica anda didatangkan sama ada dari tanah tinggi tropika di Colombia atau dari tanah gunung berapi di Kenya yang masing-masing menyediakan adunan dan citarasa unik yang pastinya membangkitkan tunas rasa anda. Rangsangan yang sempurna untuk menempuhi hari anda, mari lihat apa manfaatnya kepada kesihatan anda:
Kopi dalam bentuk paling tulen
Jika anda mencari kopi yang enak tanpa sebarang bahan yang tidak sihat dan menggemukkan, Kopi Titisan Vergold ialah calon yang sesuai. Setiap paket 100% kopi kisar Arabica kami didatangkan tanpa ditambah krimer, gula atau perasa tiruan supaya anda boleh menikmati rasa terbaik kopi yang tulen dan semula jadi tanpa sebarang bahan tambahan.
Kepelbagaian adalah rempah-ratus hidup dan tiada sesiapa yang lebih tahu daripada penggemar kopi tegar yang sentiasa mencari pengalaman kafein baharu di kafe butik dan jenama kopi premium. Dengan Kopi Titisan Vergold, anda boleh menikmati biji kopi panggang sederhana dari Kenya dengan gabungan kemanisan dan keasidan semula jadi yang seimbang, atau terus menikmati biji kopi panggang gelap dari Colombia yang akan membangkitkan anda serta-merta dengan rasa koko panggang gelap yang keras dengan not Americano yang pekat.
Yang paling hebat ialah anda tidak perlu membuat pilihan kerana setiap kotak Kopi Titisan Vergold didatangkan dengan 10 paket setiap varian dengan jumlah 20 paket semuanya.
Redakan stres dengan satu titisan pada satu masa
Mendapatkan bru terbaik daripada Kopi Titisan Vergold adalah cara yang mengujakan untuk memulakan rutin harian anda. Namun begitu, sekadar mengambil masa untuk menyediakannya dengan teliti memberi anda peluang untuk bertenang, menarik nafas panjang untuk menghirup aromanya dan menghargai perkara-perkara yang lebih baik dalam kehidupan.
Mula-mula, gantung tab beg titisan di luar mulut cawan. Kemudian anda hanya perlu menambah 50ml air panas (90°C) dan tunggu selama 30 saat sebelum menuang perlahan-lahan 120ml sehingga 150ml air panas lagi dalam dua sehingga tiga kali tuang. Berhenti seketika antara setiap tuangan untuk membolehkan air panas melaksanakan tugasnya.
Setelah semuanya selesai, anda boleh mengeluarkan beg titisan itu. Berhati-hati supaya baki kopi yang mungkin masih ada di dalamnya tidak dibazirkan, sebelum membenarkan secawan Kopi Titisan Vergold menyelubungi deria dan memberi anda tenaga yang diperlukan untuk menakluki hari yang mendatang.
Minum untuk kesihatan yang baik
Kami tahu anda sebenarnya tidak memerlukan sebab lain untuk minum kopi, tetapi kami tetap akan memberikannya kepada anda. Tahukah anda, kopi kaya dengan antioksidan? Ramai orang mungkin terkejut apabila mengetahui perkara ini, tetapi penyelidikan telah membuktikan bahawa kopi mengandungi antioksidan yang tinggi dengan asid hidrosinamik dan polifenol yang boleh meneutralkan radikal bebas dan mencegah tekanan oksidatif dengan berkesan.
Sebaik sahaja anda mengambil hirupan pertama, hari-hari anda tidak lagi sama. Jadi, jika anda menggemari rasa kopi semula jadi, sukakan varian yang baik dan yang paling penting, mahu menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang produktif dan sihat, jadikan kehidupan anda lebih baik dan buat pesanan pertama untuk Kopi Titisan Vergold baharu hari ini!
Mulakan hari anda dengan Kopi Titisan Vergold – dapatkan sekarang di Amway.my