Floating Icon
07 JAN 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 710 LIHAT 8 BERKONGSI

Musim Perayaan 2020: 8 Hadiah Kegemaran Kami

Tahun 2020 memang mencabar dan perayaan tahun ini juga pastinya berbeza. Namun begitu, kita masih boleh meraikannya di rumah bersama insan tersayang. Mengapa tidak memanjakan mereka dengan hadiah kecantikan dan haruman yang mewah? Berikut ialah 8 hadiah kegemaran kami:

Shanghai Edition Soft As Silk Hand Cream holiday 2020

ARTISTRY STUDIO Shanghai Edition Soft As Silk Hand Cream Trio

Krim yang kaya ini memastikan tangan sehalus sutera sepanjang hari, dengan emolien ringan yang cepat menyerap dan perapi yang menyuburkan. Ia juga mengandungi Delima bersumberkan Nutrilite untuk perlindungan antioksidan dan didatangkan dalam 3 aroma hebat: Lotus Blossom, Pomelo dan Vanilla.


Shanghai Edition Eau de Toilette Rollerballs holiday 2020

ARTISTRY STUDIO Shanghai Edition Eau de Toilette Rollerballs

Haruman ringan dan menyegarkan ini menampilkan pelbagai tafsiran bunga dengan bahan-bahan yang diinspirasikan oleh kota Shanghai. Setiap haruman boleh dipakai secara asing-asing atau digabungkan untuk pengalaman yang berbeza. Pilihlah antara Lotus Blossom & Violet, Nectar Blossom & Pomelo, atau Plum Blossom & Vanilla Musk.


Essentials Vitamin Sheet Masks holiday 2020

essentials by ARTISTRY Vitamin Sheet Mask

Ringkas dan mudah digunakan, topeng ini diseduh dengan dua kali ganda pati vitamin dan fitonutrien untuk manfaat berbilang. Terdapat Pro-Vitamin B5 Prunus Mume Maskuntuk menghidratkan, Vitamin B3 Prunus Domestica Mask untuk menghaluskan kulit, Vitamin E Avocado Mask untuk menyuburkan, dan Vitamin C Grape Seed Mask untuk mencerahkan.


Essentials 3-Step holiday 2020

Set Penjagaan Kulit 3 Langkah essentials by ARTISTRY

Regimen penjagaan kulit asas yang baik merupakan hadiah yang memberikan manfaat berterusan. Bahan-bahan seperti Ekstrak Ceri Nutrilite Aserola organik dan botani terbaik menyerlahkan kecantikan kulit muda yang menjadikan set ini sesuai untuk insan tersayang yang baru memulakan perjalanan ke arah kulit yang sihat.


Signature Select Mask holiday 2020

ARTISTRY SIGNATURE SELECT Mask

Apa yang lebih menyeronokkan daripada memakai masker? Pakailah berbilang masker! Sasarkan zon wajah yang berbeza dengan 5 masker yang berbeza: Membersihkan, Menghidratkan, Memejalkan, Mencerahkan dan Menghaluskan. Bahan-bahan Nutrilite seperti Sitrus, Teh Hijau, Delima, Biji Chia Putih dan Black Currant serta tekstur yang menyeronokkan, dari sehalus sutera sehingga berbutir untuk membantu anda mencipta pengalaman spa yang mengagumkan.


14 Night Reset Program Collagen HA Capsule 97 holiday 2020

ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program & Collagen+HA Capsule 97

Wanita pasti sukakan rawatan kecantikan yang membelai ini. Bayangkan memperoleh hasil profesional dengan selesa di rumah dengan kulit yang diperbaharui hanya dalam 2 minggu. Dengan tambahan kolagen dan asid hialuronik, bersedialah untuk kulit yang lebih muda berbanding sebelumnya.


Light Up Lip Gloss Men Unknown holiday 2020

ARTISTRY SIGNATURE COLOR Light Up Lip Gloss

Pengilat bibir dengan cermin dan lampu terbina dalam ialah sahabat baik wanita. Boleh menyapu semula pada bila-bila masa! Rona-rona menggoda seperti Pink Nude dan Juicy Peach menyerlahkan sebarang tona kulit agar anda tampil lebih menawan di samping minyak Jojoba dan Avocado yang melembapkan memastikan bibir lembut dan sihat.


ARTISTRY Men UNKNOWN Eau de Parfum

Not segar bergamot, clary sage dan nilam digabungkan untuk haruman yang maskulin, membangkitkan dan lasak. Bermula dengan not segar dan bersitrus, diakhiri dengan bau kayuan yang menyerlah dan sangat memberikan inspirasi bagaikan lelaki dalam hidup anda.