Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 820 LIHAT 7 BERKONGSI

Senaman di Rumah dengan XS: Bahagian Atas Badan

Melihat ramai orang mula bersenam di rumah akhir-akhir ini menjadi inspirasi dan motivasi kepada orang lain untuk turut bersenam di rumah. Kami tahu anda juga mahu turut serta dan siapa yang tidak mahu mendapat semua manfaat kesihatan yang ditawarkan oleh senaman yang kerap?

Berita baik – anda tidak memerlukan peralatan gim yang besar untuk memulakannya. Ricole Lim daripada XS Force telah menghimpunkan rutin menguatkan bahagian atas badan yang cepat (hanya 11 minit), mudah dan anda boleh melakukannya dengan dumbel atau botol air.

Pemula boleh bermula dengan pemberat 500g di setiap sisi dan menambah beransur-ansur. Setiap senaman hanya mengambil masa 30 saat dan dilakukan dalam set 2 minit diselangi dengan rehat 1 minit. Sudah sedia? Panaskan badan dengan senaman regangan dan ayuh mulakan!



Senaman Menguatkan Bahagian Atas Badan dengan Dumbel/Botol Air

  • Sprawlee 30 saat
  • Pulse Bicep Curl 30 saat (dengan pemberat)
  • Sprawlee 30 saat
  • Pulse Bicep Curl 30 saat (dengan pemberat)

Rehat selama 60 saat. Minum air atau Minuman Tenaga XS.

  • Shoulder Tap 30 saat
  • Wide Overhead Press 30 saat (dengan pemberat)
  • Shoulder Tap 30 saat
  • Wide Overhead Press 30 saat (dengan pemberat)

Rehat selama 60 saat. Minum air atau Minuman Tenaga XS.

  • Tekan Tubi Trisep menggunakan lutut 30 saat
  • Bend Over Reverse Fly 30 saat
  • Tekan Tubi Trisep menggunakan lutut 30 saat
  • Bend Over Reverse Fly 30 saat

Rehat selama 60 saat. Minum air atau Minuman Tenaga XS.

  • Front Raise 30 saat (dengan pemberat)
  • Lateral Raise 30 saat (dengan pemberat)
  • Front Raise 30 saat (dengan pemberat)
  • Lateral Raise 30 saat (dengan pemberat)

Muscle Recovery and Growth

Sudah selesai! Jangan lupa untuk menyejukkan badan sebelum membantu otot anda pulih dan membesar dengan XS Mixed Whey Protein With Chocolate Flavour. Dirumus dengan campuran asid amino rantai bercabang (BCAA), serbuk biji chia, serbuk spirulina dan 30g protein dalam setiap hidangan, ia berkhasiat dan enak dengan rasa coklat yang hebat.

Dalam soal pemakanan, kekal sihat dan kuat dengan diet yang seimbang juga penting. Memenuhi semua keperluan dalam sajian harian anda akan membantu mencegah kenaikan berat badan yang berlebihan, mengekalkan penurunan berat badan, meningkatkan kesihatan fizikal dan mental secara keseluruhan dan pastinya memberikan tenaga untuk semua senaman yang menyeronokkan!

Pastikan anda mendapatkan nutrien daripada semua kumpulan makanan utama dan makan dengan kerap tepat pada waktunya. Anda juga boleh menambahkan suplemen dalam rutin harian anda untuk mengisi jurang pemakanan jika ada. Tidak tahu di mana hendak bermula? Baca artikel pemakanan dan kesejahteraan kami di sini untuk idea segar tentang masakan dan makanan yang sihat.