Floating Icon
20 JUL 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 957 LIHAT 37 BERKONGSI

Bagimana Hendak Memastikan Udara di dalam Kereta Anda Bersih

15x Lebih Teruk daripada Udara Luar

Sekolah telah dibuka semula dan orang dewasa kembali bekerja di pejabat, jadi pastinya kita akan menghabiskan lebih banyak masa di dalam kereta untuk pergi dan balik. Sebagai pemandu, anda memastikan semua orang memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan diri mereka.

Namun begitu, anda tidak harus lupa tentang keselamatan udara yang mereka sedut. Hidup dalam iklim tropika, biasanya naluri pertama kita adalah memasang penyaman udara dengan kelajuan tertinggi untuk menyejukkan diri pada hari yang panas.

Adakah anda sedar memasang penyaman udara kereta dengan kelajuan tertinggi bukan sahaja menggunakan banyak petrol, malah boleh membawa udara yang lebih tercemar masuk ke dalam kereta? Mujurlah ada beberapa cara untuk menangani isu ini.

Sebilangan besar, jika tidak semua kereta mempunyai dua pilihan aliran udara:

  • Mod Edaran Semula Udara Kabin
  • Mod Udara Segar

Tetapi apa perbezaannya? Yang mana lebih baik untuk anda?

Cabin air recirculation


Mod Edaran Semula Udara Kabin

Kebanyakan kita menggunakan Mod Edaran Semula Udara Kabin kerana cuaca panas di negara kita tetapi itu bukan selalunya pilihan yang terbaik.

BAIK

BURUK

  1. Menyejukkan bahagian dalam kereta lebih cepat daripada Mod Udara Segar
  2. Memastikan bahan cemar luar tidak masuk ke dalam kereta.
  1. Menyejukkan bahagian dalam kereta lebih cepat daripada Mod Udara Segar
  2. Memastikan bahan cemar luar tidak masuk ke dalam kereta.

Mod Udara Segar

Anda mungkin berfikir: ‘siapa yang menggunakan Mod ini dalam cuaca panas?’ Hakikatnya, mungkin ada beberapa kebaikan Mod Udara Segar!

BAIK

BURUK

  1. Bagi anda yang baru membersihkan semula kunci kereta (dan kereta) setelah sekian lama, Mod Udara Segar membantu mengeluarkan udara yang tersekat dari dalam kereta anda.
  2. Adakah anda peminat durian atau sambal petai tetapi benci bau yang masih ada di dalam kereta anda? Mod Udara Segar mengalihkan bau yang tidak menyenangkan dari dalam kereta anda.
  3. Kelembapan mungkin menjadi musuh ketat anda ketika di jalan raya, terutamanya ketika hujan. Hidupkan Mod Udara Segar untuk menyahkabus tingkap dengan cepat.
  1. Membolehkan bahan cemar dari luar memasuki kereta anda.
  2. Membolehkan bau dari luar memasuki kereta anda (memandu di belakang lori sampah dalam kesesakan lalu lintas? Jangan gunakan Mod Udara Segar!)

Jadi, Mod yang mana lebih baik untuk anda? Jawapan ringkasnya adalah kedua-dua Mod berguna pada masa yang berlainan. Berselang-seli menggunakan kedua-duanyanya membantu memastikan udara di dalam kereta anda segar.

Atmosphere DRIVE

Masih tidak pasti yang mana hendak digunakan? Kami mungkin ada penyelesaian untuk anda! Atmosphere DRIVE mempunyai kadar penyingkiran bahan cemar sebanyak 99% dan telah menerima Allergy UK Seal of Approval. Kombinasi prapenuras, penuras karbon dan penuras partikel fabrik memastikan udara di dalam kereta anda segar, bersih dan selamat.