Floating Icon
21 AUG 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 223 LIHAT 10 BERKONGSI

Pasta Cendawan Ala Kampung

Bahan-bahan (untuk 1-2 orang):

  • 200g fettuccini
  • 20g cendawan shiitake
  • 10g cendawan shimeji
  • 25g tauge
  • 25g bawang putih, dicincang
  • 20g kucai tempatan
  • 6ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table By Nutrilite

1 bahagian pes cili

  • 50g cili merah
  • 10ml sos tomato
  • 5g bawang putih
  • 5g bawang merah
  • 10ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table By Nutrilite

1 bahagian sos hitam buatan sendiri

  • 5ml kicap cair
  • 4ml kicap pekat
  • 5ml air
  • 3ml Minyak Biji Chia Putih Plant To Table By Nutrilite
  • 2ml minyak bijan
  • Serbuk lada putih

Cara:

  1. Rebus fettuccini di dalam periuk selama 8 minit sehingga ‘al dente’ (dimasak pada tahap yang tidak terlalu masak). Tus dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali bersama Minyak Biji Chia Putih dan tumis bawang putih yang dicincang sehingga harum. Kemudian tumis cendawan shiitake dan cendawan shimeji.
  3. Masukkan 1 bahagian pes cili kisar dan 1 bahagian sos hitam buatan sendiri, tumis sehingga harum.
  4. Masukkan fettuccini yang telah direbus dan kacau dengan cepat.
  5. Masukkan tauge dan kucai ke dalam kuali, kacau sehingga sebati dan pindahkan ke dalam pinggan. Sedap!