Floating Icon
10 MAR 2023 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 417 LIHAT 11 BERKONGSI

Kepingan Granola Muesli



Bahan-bahan:

  • 60g Muesli Organik Plant To Table by Nutrilite
  • 100g biji labu
  • 100g badam
  • 100g gajus
  • 100g campuran kranberi kering dan kismis
  • 60g campuran biji chia, bijan dan biji flaks
  • ¼ cawan Minyak Biji Chia Putih Nutrilite
  • ¼ cawan sirap mapel
  • ½ cawan mentega kacang (halus)

Cara:

  1. Alas dulang pembakar dengan kertas pacmen dan ketepikan.
  2. Pukul semua bahan basah di dalam mangkuk berasingan sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Campurkan bijian, kekacang dan buah-buahan kering di dalam mangkuk besar. Kemudian, satukan dengan bahan basah (dari Langkah 2).
  4. Menggunakan spatula, kacau dan kaup balik adunan. Seterusnya, masukkan muesli ke dalam adunan dan gaul lagi hingga sekata.
  5. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan ratakan. Tekan sehingga menjadi lapisan yang padat.
  6. Simpan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam (atau bekukan untuk kepingan yang lebih keras).
  7. Apabila adunan telah keras, potong menjadi kepingan dan bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160°C selama 15 minit.
  8. Biarkan sejuk selama kira-kira 30 minit atau sehingga keras sepenuhnya. Rasalah!