Floating Icon
16 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 1152 LIHAT 13 BERKONGSI

Hidup Yang Aktif Bermula Dengan Tubuh Yang Sihat

Asas menjalani gaya hidup aktif bermula dengan mengekalkan tubuh yang sihat. Jika kesihatan anda tidak baik, aktiviti fizikal yang paling mudah sekalipun akan menjadi satu cabaran. Sesiapa jua akan memberitahu anda bahawa tubuh yang sihat tidak diperoleh sekelip mata. Ia mememerlukan usaha berterusan, disiplin dan kawalan diri. Yang paling penting ialah mendapatkan khasiat yang sempurna, senaman yang kerap serta rehat dan pemulihan yang cukup. Membuat azam memang mudah tetapi seperti kebanyakan perkara dalam kehidupan, susulan berterusan akan menghasilkan keputusan dan perubahan positif yang mampan.

Aktiviti fizikal boleh jadi aktiviti yang sihat dan menyeronokkan!


Cyclist drinking from bottle beside a lake


BERSENAM ITU SATU KEMESTIAN

Anda tidak perlu menyertai maraton. Satu senaman yang mudah bukan sahaja membakar kalori tetapi juga membantu menyingkirkan toksin daripada badan, membantu jantung dan paru-paru berfungsi dengan baik dan membina otot.


BUAT PERANCANGAN

Buat perancangan awal tetapi tetapi fleksibel dalam usaha anda untuk kekal sihat. Rangkumkan perancangan itu dalam gaya hidup anda supaya lebih mudah untuk anda mengekalkannya.


REHAT DAN TIDUR SECUKUPNYA

Kurang tidur meningkatkan rasa lapar dan resah serta mempengaruhi metabolisme anda. Tetapkan waktu tidur dan gantikan semua waktu tidur yang hilang.


KUNCINYA IALAH PEMAKANAN YANG BAIK

Cuba makan sebahagian besar kalori harian anda pada waktu pagi dengan lebih banyak buah-buahan dan protein dan makanan sajian ringan pada waktu malam