Floating Icon
13 SEP 2021 DAPATKAN INSPIRASI 4 MINIT BACA 2043 LIHAT 271 BERKONGSI

Nutrilite dan eSpring Dipilih sebagai Jenama Paling Dipercayai 2021!

Amway dengan bangganya mengumumkan bahawa Nutrilite dan eSpring telah dipilih oleh pengguna sebagai salah satu Jenama Paling Dipercayai di Malaysia pada 2021 – SEKALI LAGI! berdasarkan tinjauan tahunan oleh Reader's Digest Asia.

Terima kasih, semua ini berjaya dicapai kerana kerja keras dan keazaman anda!


Nutrilite: Anugerah Emas, Kategori Vitamin/Suplemen Kesihatan (Malaysia)

Sebagai jenama suplemen dan vitamin terkemuka di dunia, tidak hairanlah Nutrilite diiktiraf sebagai Jenama Dipercayai dan dianugerahkan Anugerah Emas dalam kategori Vitamin/Suplemen Kesihatan.

Traceability Amway

Menawarkan pelbagai jenis suplemen dan produk kesihatan, anda boleh mengharapkan Nutrilite untuk menyokong anda dalam hal berkaitan dengan ketulenan, keselamatan dan keberkesanan. Nutrilite ialah SATU-SATUNYA jenama vitamin dan suplemen diet global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang disahkan organik**. Proses kebolehjejakan kami yang telus memastikan bahawa anda boleh melihat dari mana bahan-bahan berasal dan berasa selamat untuk membuat pilihan yang bijak untuk keluarga anda.

Nutrilite wind Gold Award in the Vitamins or Health Supplements category

Tertanya-tanya anda harus memulakan dengan suplemen Nutrilite yang mana? Mulakan dengan suplemen semua dalam satu yang menjadi kegemaran sepanjang masa, Double X™ dan tambah semula semua vitamin, mineral dan fitonutrien penting malah yang mungkin anda tertinggal selama ini. Selain itu, rasa lebih kuat apabila anda mendapat dos protein harian dengan Minuman Protein Soya Nutrilite untuk sumber protein berasaskan tumbuhan yang rendah lemak, tanpa kolesterol dan sesuai untuk vegetarian!

Selain itu, rangsang pertahanan tubuh anda dengan suplemen seperti Nutrilite Bio C Plus All Day Formula, Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola With Licorice And Turmeric, Nutrilite Mixed Probiotic With Chicory Root Extract dan Nutrilite Kids 4-In-1 Plus.

**Sumber: Euromonitor International Limited.


eSpring: Anugerah Emas, Kategori Penulen Air (Malaysia dan ASIA)

eSpring wins Gold Award in the Water Purifier Category

Penerimaan berganda biasanya tidak disukai, kecuali hal berkaitan anugerah. Menerima anugerah berganda di Malaysia dan ASIA ialah Sistem Rawatan Air eSpring yang telah diiktiraf sebagai Jenama Dipercayai dan dianugerahkan Anugerah Emas dalam kategori Penulen Air.

eSpring

Tahun ini menandakan tahun ke-16 eSpring diiktiraf sebagai Jenama Dipercayai yang memberikan air yang lebih bersih dan lebih sihat kepada isi rumah di seluruh Malaysia. Dengan reka bentuk yang inovatif dan kartrij Penuras Karbon dan Lampu Ultraungu (UV) yang dipatenkan di A.S., ia menyingkirkan lebih daripada 99.99% mikroorganisma punca penyakit, dengan teknologi cahaya UV, tanpa menggunakan bahan kimia. Lebih daripada 140 bahan cemar yang boleh menjejaskan kesihatan dikurangkan di samping mengekalkan mineral yang bermanfaat seperti kalsium dan magnesium.

eSpring

Reka bentuk inovatifnya tidak berakhir di sana. Terdapat panel paparan LED dan penunjuk audio yang memantau sistem untuk memastikannya berfungsi dengan betul dan memantau jangka hayat penuras. Mengganti penuras mudah kerana blok karbon dan penuras UV adalah satu unit. Anda hanya perlu tanggalkan yang lama dan pasang yang baru.

Jadi, tidak hairanlah Sistem Rawatan Air eSpring Amway telah menjadi jenama sistem rawatan air di rumah yang paling laris di dunia. Disokong oleh lebih daripada 25 tahun penyelidikan dan teknologi yang dipatenkan, ia dijual di 40 negara dan wilayah di seluruh dunia. Amway terus menyediakan penyelenggaraan dan petua penggunaan untuk unit eSpring melalui pelbagai saluran, memastikan pelanggan mereka menikmati bekalan air bersih bermineral tanpa gangguan.

eSpring Water Treatment System is the world’s No. 1 selling brand of home water treatment systems

Sistem Rawatan Air eSpring ialah jenama sistem rawatan air di rumah No. 1 dunia dari segi jualan di dunia.*

*Berdasarkan kajian Verify Markets ke atas jualan global 2020.


Reader’s Digest Asia: Jenama Dipercayai 2021

Tinjauan Jenama dan Personaliti Dipercayai ialah tinjauan tahunan yang dilakukan oleh Reader's Digest Asia yang ditugaskan untuk mengetahui pandangan pengguna tentang jenama-jenama dalam lebih daripada 50 kategori. Sebuah agensi penyelidikan pasaran bebas ditugaskan untuk melakukan tinjauan kendiri terhadap sampel perwakilan di seluruh Asia.

Lebih daripada 8,000 individu dipilih di lima pasaran utama di rantau ini: Malaysia, Singapura, Filipina, Hong Kong dan Taiwan. Selain jenama, personaliti paling dipercayai di Malaysia juga dikenal pasti dan hasil ini didedahkan secara eksklusif dalam Reader's Digest Malaysia edisi Jun.



Reivew_Banner

Tinjaulah halaman Ulasan kami untuk mengetahui sebab orang ramai menyukai produk Amway!

Klik di sini!