10 NOV 2022 DAPATKAN INSPIRASI 4 MINIT BACA 1155 LIHAT 19 BERKONGSI

Mengapa Anda Pasti Suka Kegemaran Pelanggan Amway

Mengapa Anda Pasti Suka Kegemaran Pelanggan Amway

Apabila bercakap tentang produk harian yang mengekalkan dan meningkatkan kesihatan, reputasi ialah kuncinya – tiada apa yang mengatasi pilihan produk yang dipercayai dan sangat disukai oleh pelanggan itu sendiri.

Untuk Kegemaran Pelanggan Amway tahun ini, kami telah menyusun produk-produk yang kami tahu boleh diharapkan oleh Pemilik Perniagaan Amway (ABO) dan Pelanggan Istimewa Amway (APC) dan membahagikannya dalam tiga kategori – Teman Yang Sihat, Pencinta Kecantikan dan Kediaman Yang Bahagia. Setiap kategori terdiri daripada jenama-jenama seperti Nutrilite, XS, ARTISTRY, GLISTER dan Amway Home Care.

Kami juga telah menyediakan infogtrafik yang mudah dibaca dan video untuk setiap produk.Anda hanya perlu melihat sepintas lalu untuk mendapatkan semua fakta penting tentang produk-produk kegemaran ini.

Dengan itu, mari kita lihat antara produk yang menjadi sorotan daripada setiap kategori:

Teman Yang Sihat: Pilihan yang terbaik untuk menikmati kesihatan dari dalam

Rasa bertenaga, meningkatkan pertahanan tubuh dan emosi yang lebih baik – ini hanyalah sebahagian daripada manfaat sentiasa menjaga kesihatan diri. Untuk menyokong individu yang penuh semangat, keluarga dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat dalam perjalanan kesihatan harian mereka, kami telah menyusun senarai pendek vitamin, suplemen, malah produk penjagaan kulit (kerana kulit yang sihat juga penting!) yang sentiasa digemari oleh pelanggan kami.

Mulakan dengan tiga produk ini yang mudah untuk ditambah dalam mana-mana rutin harian:

  • Nutrilite DOUBLE X

Sajian harian semata-mata mungkin tidak membekalkan tubuh dengan semua nutrien yang diperlukannya. DOUBLE X mengandungi 11 vitamin, 10 mineral dan 19 pekatan tumbuhan untuk membantu anda mengekalkan kesihatan anda dengan meneutralkan radikal bebas secara proaktif dan reaktif. Menampilkan adunan beri baru (anggur, blackcurrant, elderberi dan beribiru) yang mengandungi fitonutrien untuk menyokong kesihatan.

MAL20116133N | MAL20116132N | MAL21016097T

Ketahui lebih lanjut tentang Double X di sini



  • Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract With Probiotics

Tahukah anda bahawa 70% daripada sistem pertahanan tubuh berada di usus? Alami kesihatan pencernaan yang lebih baik dan pertahanan tubuh yang lebih kuat dengan dos harian probiotik anda di dalam pek batang yang mudah diambil!



  • Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey by Nutrilite

Dapatkan semua nutrisi tanpa perlu risau tentang kalori daripada sajian yang lengkap dan sihat dengan minuman kocak yang lazat dengan 3 pilihan perisa – padat dengan 22 vitamin dan mineral, 17 gram protein dan 5 gram serat.

Tunggu, ada lagi! Kenali produk-produk lain dalam kategori Teman Yang Sihat di sini.

Pencinta Kecantikan: Memastikan kulit cerah siang dan malam

Kelihatan menarik dan rasa hebat bermula dengan menjaga kulit anda – dan kami bersedia membantu anda. Terokai semua produk kecantikan dan dandanan diri yang menjadikan kulit anda kelihatan paling berseri dan sihat.

Lihat produk-produk ini yang membantu menampilkan kulit yang terbaik:



  • ARTISTRY SIGNATURE SELECT Masks

Selesaikan pelbagai masalah kulit dengan berbilang masker – membersih, menghidrat, mencerah, menegang dan menggilap kulit anda sekali gus.



  • Deodoran & Antipeluh Berbuli G&H PROTECT+

Rasa hebat dan harum sepanjang hari dengan perlindungan sehingga 48 jam daripada kebasahan dan bau dengan deodoran berbuli kami. Ia bukan sahaja memastikan anda berasa segar, tetapi juga menjaga kulit anda dengan bahan botani semula jadi seperti Teh Putih, Mineral Semula Jadi, Ekstrak Bilberi dan banyak lagi.



  • Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite

Suburkan kulit, rambut dan kuku anda dari dalam dengan minuman berperisa nanas, pic dan pear yang lazat ini. Kolagen bukan sahaja memberi anda kulit yang sihat dan berseri, tetapi juga membantu pencernaan dan menyokong kesihatan kardiovaskular – perlu kami jelaskan lagi?

Terokai lebih banyak produk penjagaan kulit dan penjagaan diri kegemaran dalam kategori Pencinta Kecantikan here.

Kediaman Yang Bahagia: Untuk keluarga yang sihat

Ketenangan fikiran lebih mudah diperoleh dengan kediaman yang bersih. Berikut ialah produk-produk penjagaan rumah yang mesti ada dan berbaloi disimpan untuk memastikan mana-mana tempat sentiasa bersih dan kemas.

Lihat produk-produk rumah ini yang pelanggan kami gemar gunakan:



  • Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk Pekat DISH DROPS

Luar biasa bersih, lembut pada tangan dan mesra alam – cecair pencuci pinggan mangkuk ini merupakan pilihan yang hebat untuk mereka yang inginkan ketenangan fikiran apabila menjaga keperluan rumah mereka.



  • Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.

Menjadikan permukaan berkilat dan bebas sisa, pencuci pekat ini tidak mengandungi bahan pelelas dan bahan kimia berbahaya untuk pengalaman pembersihan yang berkesan tanpa rasa bimbang.

Lihat kategori Kediaman Yang Bahagia here.

Memandangkan begitu ramai ABO dan pelanggan kami menyukai produk ini, anda tahu yang pasti ada sesuatu yang istimewa tentang setiap satu produk ini.

Kini tiba giliran anda: Terokai Kegemaran Pelanggan Amway anda hari ini! hari ini!