Floating Icon
01 NOV 2022 GAYA HIDUP 5 MINIT BACA 1651 LIHAT 66 BERKONGSI

Perihal Nasi Dan Rakyat Malaysia

Anda gemar makan nasi? Kami juga begitu! Nasi bukan sahaja enak; ia juga sumber serat, vitamin dan mineral yang hebat1, dan dengan pelbagai sajian nasi yang lazat dari nasi lemak sehingga nasi ayam dan beriani, tidak hairanlah rakyat Malaysia boleh makan nasi dua, malah tiga kali sehari.

Namun begitu, penting untuk memilih jenis nasi yang lebih sihat kerana jenis berkanji seperti nasi putih yang popular dan menjimatkan boleh jadi tinggi kandungan gula. Pelbagai kajian menunjukkan bahawa pengambilan nasi putih secara berlebihan meningkatkan risiko tekanan darah tinggi2, diabetes3 dan penyakit jantung4.

Sejauh manakah nasi putih tidak sihat?

Pemandangan biasa di seluruh Asia, nasi putih yang diproses ialah varieti yang paling biasa. Kebanyakan komponen bijian sempurna dikeluarkan semasa pemprosesan, menjadikannya lebih rendah protein, serat dan nutrien berbanding beras perang. Namun begitu, sebagai bijian yang diproses, ia mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang agak tinggi.

Tetapi Ibu selalu menggunakan nasi putih dalam masakannya…

Sejujurnya – kita sentiasa mahukan nasi putih, walaupun kita tahu bahawa ia bukan pilihan yang paling sihat. Apa lagi yang sedap apabila digandingkan dengan sajian enak dari kari yang pedas sehingga sajian goreng kilas? Sekadar memikirkan tentang limpahan kuah dengan nasi putih panas dan gebu sudah cukup untuk membuatkan kita teruja untuk sajian seterusnya!

Namun begitu, memandangkan 73% rakyat Malaysia mati akibat tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung5, manakala 30.4% mempunyai berat badan berlebihan dan 19.7% pula obes6, mungkin sudah tiba masanya kita semua menjalani gaya hidup yang lebih sihat.

Mari kita mulakan dengan makanan yang kita makan.

Bagaimana jika kami beritahu ada cara untuk mengurangkan kanji dengan berkesan daripada nasi putih, dengan itu memasak versi yang lebih sihat untuk sajian nasi putih kegemaran anda?

Diperakui SGS, Periuk Nasi Gula Rendah Noxxa mengurangkan hingga 41% kanji daripada nasi putih walaupun ia sesuai untuk memasak sebarang jenis nasi. Ia didatangkan dengan 10 program pelbagai fungsi pada panel kawalan skrin sentuh yang akan memudahkan penyediaan sajian sihat untuk diri dan seluruh keluarga anda:

  • Nasi Putih Rendah Gula
  • Nasi Pelbagai Bijirin Rendah Gula
  • Nasi (sebarang jenis)
  • Sup
  • Bubur
  • Mensteril (memudahkan ibu yang mempunyai banyak botol susu bayi untuk dibersihkan)
  • Goreng kilas
  • Yogurt (ada sesiapa mahu pencuci mulut buatan sendiri yang rendah gula?)
  • Masak Perlahan
  • Kukus

Mudah digunakan, Periuk Nasi Rendah Gula Noxxa mempunyai kapasiti yang besar dengan Penapis Seramik 3 liter dan Periuk Dalaman Keluli Tahan Karat 5 liter (304). Bersedialah untuk perhimpunan keluarga!

Siapakah yang akan mendapat manfaat daripada periuk nasi ini?

Periuk Nasi Rendah Gula Noxxa adalah satu kemestian dalam setiap isi rumah, terutamanya jika anda menghadapi atau ingin mencegah

Pertambahan Berat Badan Berlebihan

obesiti

Masalah Metabolisme

Diabetes

Tekanan Darah Tinggi

Kolesterol Tinggi

Selain itu, ia juga sangat disyorkan untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan warga emas.

Ingat, tabiat yang sihat bermula dari rumah. Rintis jalan untuk masa depan anak-anak anda yang sihat dengan mengajar mereka makan secara sihat sejak usia muda dan hidangkan nasi putih yang lebih sihat kepada mereka.

Jadi, tunggu apa lagi? Mari mulakan memasak nasi yang lebih sihat hari ini!

Rujukan:

  1. Fukagawa NK, Ziska LH. Rice: Importance for Global Nutrition. J Nutr Sci Vitaminol (Tokyo). 2019;65(Supplement):S2-S3. doi: 10.3177/jnsv.65.S2. PMID: 31619630.
  2. Nishimura M, Yoshida S, Haramoto M, Mizuno H, Fukuda T, Kagami-Katsuyama H, Tanaka A, Ohkawara T, Sato Y, Nishihira J. Effects of white rice containing enriched gamma-aminobutyric acid on blood pressure. J Tradit Complement Med. 2015 Jan 8;6(1):66-71. doi: 10.1016/j.jtcme.2014.11.022. PMID: 26870683; PMCID: PMC4738072.
  3. Bhavadharini B, Mohan V, Dehghan M, Rangarajan S, Swaminathan S, Rosengren A, Wielgosz A, Avezum A, Lopez-Jaramillo P, Lanas F, Dans AL, Yeates K, Poirier P, Chifamba J, Alhabib KF, Mohammadifard N, Zatońska K, Khatib R, Vural Keskinler M, Wei L, Wang C, Liu X, Iqbal R, Yusuf R, Wentzel-Viljoen E, Yusufali A, Diaz R, Keat NK, Lakshmi PVM, Ismail N, Gupta R, Palileo-Villanueva LM, Sheridan P, Mente A, Yusuf S. White Rice Intake and Incident Diabetes: A Study of 132,373 Participants in 21 Countries. Diabetes Care. 2020 Nov;43(11):2643-2650. doi: 10.2337/dc19-2335. Epub 2020 Sep 1. PMID: 32873587; PMCID: PMC7576435.
  4. Muraki I, Wu H, Imamura F, Laden F, Rimm EB, Hu FB, Willett WC, Sun Q. Rice consumption and risk of cardiovascular disease: results from a pooled analysis of 3 U.S. cohorts. Am J Clin Nutr. 2015 Jan;101(1):164-72. doi: 10.3945/ajcn.114.087551. Epub 2014 Nov 12. PMID: 25527760; PMCID: PMC4266886.
  5. https://www.nst.com.my/news/2017/04/228008/73-msians-die-hypertension-diabetes-heart-disease-moh
  6. https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/03/03/over-half-of-malaysia039s-adults-overweight-or-obese-says-health-ministry