Floating Icon
21 SEP 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 2473 LIHAT 94 BERKONGSI

4 Fakta Fito Yang Anda Harus Tahu!

Nutrilite supplements

Tetapi, Mula-mula Sekali – Kembali ke Zaman Silam!

Nutrilite DOUBLE X™ adalah nama yang cukup dikenali ramai di seluruh dunia, dengan generasi demi generasi mengakui keberkesanannya terhadap kesihatan umum secara keseluruhan. Di dalam tiga tablet kecil, ia merangkumi semua yang kita perlukan untuk menambahkan diet kita dengan – vitamin, mineral dan fitonutrien penting.

Tetapi bagaimana semua ini bermula? Dengan inovasi dan kebijaksanaan Carl F. Rehnborg kira-kira 100 tahun yang lalu, pemerhatiannya tentang pemakanan yang teruk sebagai punca kesihatan yang teruk menyebabkan beliau terus berusaha untuk merumuskan suplemen diet semua dalam satu yang sempurna. Apa yang bermula sebagai 'rebusan' tumbuh-tumbuhan dan sayur-sayuran berdaun, tulang dan paku berkarat kini telah berkembang menjadi Nutrilite, jenama suplemen diet dan vitamin No. 1 dari segi jualan di dunia.*

Suplemen yang mandahului zamannya

DOUBLE X yang pertama dilancarkan pada musim bunga tahun 1948 dengan angka Roman XX, yang bererti 20, diposisikan betul-betul di depan bungkusan. Harga runcit, kira-kira USD20 untuk bekalan satu bulan, menjadi inspirasi di sebalik nama produk. Di dalamnya terdapat dua botol kapsul vitamin yang mengapit kotak kecil tablet mineral.

Walaupun Nutrilite mempunyai pelbagai jenis suplemen, tidak syak lagi produk bintangnya ialah DOUBLE X. Dengan fitonutrien sebagai komponen utama pek, tidak hairanlah bahawa DOUBLE X adalah kegemaran dalam kalangan mereka yang mementingkan kesihatan hinggalah kepada mereka yang mencari suplemen yang mudah lagi menyeluruh untuk mendapatkan nutrien penting mereka.

Apa sebenarnya fitonutrien dan apa yang ia lakukan untuk kita? Berikut adalah 4 fakta fito yang akan mengejutkan anda!

Ambil Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Itu!

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbeza memberikan anda pelbagai jenis fitonutrien (untuk pengetahuan, fitonutrien adalah nutrien tumbuhan! Fito = tumbuhan) yang mempunyai pelbagai manfaat. Cara termudah untuk mengetahui manfaat kesihatan yang dimiliki setiap satunya adalah dengan melihat warnanya. Sebagai contoh;

• Kuning atau oren bermaksud bahawa ia mengandungi karotenoid seperti alfa- dan beta-karotena. Selalunya sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam kumpulan ini akan membantu dari segi imuniti dan kesihatan mata.

• Merah atau merah jambu menunjukkan bahawa buah-buahan atau sayur-sayuran itu adalah tinggi kandungan likopena yang dikatakan mengurangkan risiko kanser. Tomato termasuk dalam kategori ini, seperti limau gedang merah jambu dan tembikai.

Fito Apa?

Tidak seperti vitamin dan mineral, fitonutrien sering diabaikan apabila mengambil suplemen. Banyak multivitamin di luar sana tidak memasukkan fitonutrien dan manfaatnya. Walaupun mineral dan vitamin penting untuk kesihatan anda, fitonutrien adalah penting dalam mengoptimumkan sistem imun anda, dan bertindak sebagai perlindungan daripada oksidan dan penyakit berbahaya.

*Sumber: Euromonitor International Limited

Lihatlah Nutrilite DOUBLE X yang “terbaharu” di sini