Floating Icon
28 DEC 2020 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1994 LIHAT 70 BERKONGSI

7 Cara Untuk Merangsang Sistem Imun Anda


Exercise and take your supplements

TAMBAHKAN VITAMIN SINARAN MATAHARI ANDA

Vitamin D, dikenali juga sebagai vitamin sinaran matahari bukan sahaja menyokong tulang yang kuat dan kesihatan jantung tetapi turut membantu sistem imun kita untuk kekal seimbang. Walaupun kebanyakan daripada kita terkurung di dalam rumah sejak kebelakangan ini, anda masih lagi boleh mencari tempat yang disimbahi sinaran matahari di tingkap rumah anda atau makan makanan yang mengandungi vitamin D seperti salmon dan hering, cendawan dan telur kuning. Cara mudah untuk mengisi jurang dalam diet atau dos sinaran matahari harian anda? Nutrilite Cal Mag D Plus.


GERAKKAN BADAN ANDA

Senaman adalah penting untuk sistem imun anda kerana senaman membantu mengeluarkan toksin daripada badan anda. Terdapat banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan di rumah, tidak kira saiz ruang anda! Cuba lakukan yoga, ikuti video You Tube, atau senaman XS kegemaran anda, atau bersenam bersama rakan melalui sembang video. Komitedlah untuk melakukan apa jua bentuk aktiviti fizikal setiap hari. #TiadaAlasan

MAKAN MAKANAN YANG BERWARNA-WARNI

Pastikan anda makan sebanyak mungkin buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni yang anda boleh peroleh. Blueberi yang penuh dengan antioksidan, buah-buahan sitrus yang meletakkan C dalam vitamin C, bayam yang kaya dengan kuprum dan ferum, dan bawang putih untuk antiradang; semuanya mempunyai manfaat merangsangkan sistem imun. Jika anda tidak yakin yang anda makan hidangan harian yang sesuai, cubalah multivitamin yang sangat berkesan seperti Nutrilite DOUBLE X atau Nutrilite Daily yang mudah.

maintain oral hygiene

CARI ZEN ANDA

Tekanan boleh melemahkan kuasa sistem imun kita. Oleh itu, amatlah penting bagi kita mencari jalan untuk mengatasinya. Cubalah mandi, menyalakan lilin kegemaran anda, menonton sesuatu yang membuat anda ketawa, bermeditasi, atau menulis jurnal untuk mengurus tahap tekanan anda.

BERTENAGA DENGAN B

Tidur adalah penting dan tidur yang tidak mencukupi boleh melemahkan pertahanan badan kita. Sekiranya anda mendapat tidur berkualiti yang mencukupi tetapi masih lagi merasa penat, mungkin keadaan ini disebabkan oleh kekurangan B12 yang memainkan peranan penting dalam memastikan sistem imun kita kekal berfungsi melalui pengeluaran sel darah putih. Saranan produk? Nutrilite Natural B Complex.

BERIKAN PERHATIAN KEPADA GIGI ANDA

Bakteria di dalam mulut dan radang pada gusi anda boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius. Bina tabiat yang konsisten dan teliti apabila melibatkan kesihatan mulut, termasuk memberus gigi dua kali sehari selama dua minit, begitu juga memflos. Sebahagian daripada produk penjagaan mulut kegemaran peribadi kami termasuk Berus Gigi dan Ubat Gigi Berflourida Multitindakan Glister.

DAPATKAN USUS YANG SIHAT

Sebanyak 70% sistem imun anda boleh didapati di dalam usus anda. Jadi, memastikan usus anda sihat adalah sangat penting demi mendapatkan kesihatan optimum. Makanan probiotik yang menggantikan semula bakteria baik di dalam usus anda termasuk yogurt, jeruk dan kefir. Jika semua ini tidak berada di tempat teratas dalam senarai anda, alternatif yang baik ialah Nutrilite Mixed Probiotic with Chicory Root Extract.


Sistem imun anda sentiasa penting – kini dan selama-lamanya. Dengan nutrien yang betul dan tabiat yang sihat, anda boleh membantu memastikan pertahanan badan anda dilengkapi sepenuhnya untuk memastikan anda sentiasa sihat.