Floating Icon
16 JUL 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 3191 LIHAT 97 BERKONGSI

Ada Sesuatu Untuk Semua Di Nutrilite!

Nutrilite Kids Chewables supplements

BERMULA SEWAKTU KECIL & KUAT

CHEWABLES MULTIVITAMIN AND IRON SUPPLEMENT

Jika anak anda tidak mendapat jumlah vitamin dan mineral yang disyorkan untuk tumbesaran tubuh (minta nasihat pakar pediatrik jika wajar), apa yang diperlukan ialah satu tablet kunyah untuk membekalkan sejumlah sepuluh vitamin (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, B12, C, D, E) dan zat besi! Menggalakkan otot yang sihat, membantu dalam metabolisme dan membolehkan pembentukan tulang dan gigi yang kuat dengan semua nutrien ini.

CHEWABLE NATURAL C

Bina keimunan yang kuat dan jauhkan jangkitan ketika anak anda sedang membesar. Vitamin C juga merupakan suatu antioksidan yang melindungi tubuh daripada kesan radikal bebas. Oleh itu, berikan semua C yang anak anda perlukan dengan Chewable ini. Setiap tablet mengandungi 30mg vitamin C semula jadi daripada pekatan ceri aserola semula jadi lagi eksklusif yang dituai pada waktu puncak kemujarabannya di ladang-ladang kami yang disahkan organik.

CHEWABLE CALCIUM MAGNESIUM

Membekalkan kombinasi seimbang kalsium dan magnesium – kalsium membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang serta gigi manakala magnesium diperlukan untuk pergerakan kalsium di dalam tubuh, dengan itu membantu tumbesaran tulang dan fungsi saraf dan otot yang betul.


Soy Protein Probiotics and BodyKey

LAWAN KELESUAN KERJA 9-5

MIXED PROBIOTIC WITH CHICORY ROOT EXTRACT

Kita semua tahu betapa seksanya jika anda sakit perut ketika menghadiri mesyuarat penting! Oleh itu, kekalkan kesihatan pencernaan anda dengan Mixed Probiotic with Chicory Root Extract yang mengandungi 5 strain probiotik adiwira yang sampai hidup-hidup dan melekat pada usus anda untuk menjauhkan bakteria jahat. Ia juga mempunyai 6.3 bilion unit pembentuk koloni (CFU) bagi mengukuhkan sistem imun anda memandangkan 70% keimunan anda berada di dalam usus!

MINUMAN KOCAK PENGGANTI SAJIAN BODYKEY BY NUTRILITE

Suplemen hebat untuk mereka yang ingin menguruskan berat badan, kesemua 3 perisa yang enak ini mengandungi campuran 25 vitamin & mineral yang dirumus dengan teliti untuk memberikan anda sajian yang sarat nutrien di dalam satu gelas. Meskipun hanya mengandungi 120kkal, minuman kocak ini masih mampu membekalkan anda dengan 5g serat dan 6g protein setiap hidangan.

MINUMAN PROTEIN SOYA

Berikan tubuh anda protein dan asid amino yang diperlukannya untuk perkembangan tubuh yang sihat! Mungkin kerana 3 perisanya yang enak atau mungkin kerana protein berkualiti tinggi dan asid amino daripada sumber semula jadi yang bagus untuk paras tenaga, pertumbuhan otot dan membantu tubuh anda membaiki dan menjaga dengan sendirinya, ia juga sesuai untuk vegetarian dan rendah kandungan lemak serta kolesterol. Setiap perisa dirumus secara berasingan dan hasilnya terdapat sedikit variasi dalam kandungan protein bagi setiap jenis.


KEKALKAN KESIHATAN WARGA EMAS

MIXED PROBIOTIC WITH CHICORY ROOT EXTRACT

Semakin anda menua, bilangan bakteria baik di dalam usus anda juga berkurangan! Oleh itu, elakkan lawatan berkali-kali ke tandas yang tidak menyenangkan itu dengan probiotik. Suplemen ini didatangkan dengan Ekstrak Akar Cikori yang membekalkan inulin serat prebiotik, untuk menyokong pertumbuhan bakteria bermanfaat di dalam usus. Dapatkan satu stik batang dan tuang terus ke atas lidah. Mudah sahaja.

MINUMAN PROTEIN SOYA

Tingkatkan kekuatan otot, kekalkan jisim tulang dan tambah baik kesihatan serta kesejahteraan umum anda dengan protein. Minuman Protein Soya didatangkan dengan 9 asid amino perlu, tiada bahan tenusu atau terbitan haiwan, tanpa laktosa dan juga sesuai untuk vegetarian.