Floating Icon
30 MAR 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 1342 LIHAT 82 BERKONGSI

Kurangkan Risiko Jangkitan dengan Pensanitasi Tangan PURSUE

harmful germs and bacteria on doorknobs

PERLINDUNGAN MENYELURUH SETIAP MASA, DI MANA JUA

Adakah tangan anda benar-benar bersih? Kita menjalani kehidupan seharian di dunia ini dengan lima deria kita tetapi deria yang paling kerap digunakan ialah deria sentuhan. Kita membuka pintu, menjamah makanan dan menggunakan telefon pintar setiap hari. Tangan kita menyentuh pelbagai permukaan setiap hari sehingga sukar untuk dijejaki!

Aktiviti harian boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tersembunyi pada tangan anda yang tidak boleh dibersihkan dengan menggunakan sabun tangan semata-mata.

KUMAN DAN BAKTERIA BIASA

  • E. coli
    • Berpunca daripada bersentuhan dengan orang yang tidak membersihkan tangan, mengambil makanan yang tercemar dan air yang tidak bersih.
    • Boleh menyebabkan keracunan makanan, pneumonia dan jangkitan saluran kencing.
  • Streptococcus pyogenes
    • Berpunca daripada menyentuh objek tercemar seperti tombol pintu atau menyentuh muka, mata dan mulut tanpa membersihkan tangan anda.
    • Boleh menyebabkan ‘strep throat’ (radang tekak), sejenis jangkitan pada tekak dan tonsil.
  • Myobacterium tuberculosis
    • Bakteria yang sangat mudah berjangkit akibat terdedah kepada individu yang dijangkiti.
    • Menyebabkan Tuberkulosis (TB), sejenis penyakit berjangkit yang biasanya menyerang paru-paru. Ia juga boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain seperti otak dan tulang belakang.
  • Staphylococcus aureus
    • Menyebabkan jangkitan ‘staph’ yang boleh menyebabkan masalah kulit yang kecil sehingga endokarditis, sejenis jangkitan yang mengancam nyawa pada lapisan dalam jantung (endokardium).
    • Jangkitan ‘staph’ tersebar apabila bersentuhan dengan individu yang telah dijangkiti dan tidak membersihkan tangan dengan betul secara konsisten.

Membersihkan tangan dengan betul adalah penting untuk mencegah serta membunuh kuman dan bakteria ini. Jika anda tidak boleh mendapatkan air dan sabun, penyelesaian terbaik adalah dengan menggunakan:

Pensanitasi Tangan PURSUE

S untuk Safe (Selamat) — Pensanitasi Tangan PURSUE mengandungi 64-68% (W/W) etanol. 50-80% etanol disarankan untuk membunuh bakteria secara berkesan. PURSUE mengandungi peratusan etanol yang cukup tinggi untuk mensanitasi tangan anda tanpa melarut atau menyejat terlalu cepat.

S untuk Soft (Lembut) — Pati Aloe semula jadi memastikan tangan anda kekal lembap dan lembut selain membunuh kuman, parasit dan bakteria pada permukaan kulit.

S untuk Smooth (Licin) — Benci sisa melekit yang ditinggalkan pensanitasi pada tangan anda? PURSUE diperbuat dengan rumusan gel jernih yang ringan dan menyerap ke dalam kulit anda tanpa meninggalkan sisa, menjadikan tangan bersih dan harum.

common ways and places where germs and bacteria are often transmitted

BILA HENDAK MENSANITASI TANGAN ANDA

Anda harus sentiasa mensanitasi tangan anda selepas:

  • Menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
  • Menyentuh permukaan di tempat awam.
  • Batuk, bersin atau menghembus hidung anda.
  • Menggunakan tandas.
  • Menyediakan/menjamah makanan.
  • Membuang sampah.
  • Bermain dengan atau menyentuh haiwan peliharaan dan haiwan.

4 steps to sanitising your hands properly

BAGAIMANA HENDAK MENGGUNAKAN PENSANITASI

  1. Tuang pensanitasi sebesar duit syiling di tapak tangan anda.
  2. Gosok kedua-dua tangan anda untuk meratakan pensanitasi.
  3. Teruskan menggosok pensanitasi pada seluruh tangan anda sehingga betul-betul kering.
  4. Tangan anda kini telah dinyahjangkit!