Floating Icon
21 APR 2021 GAYA HIDUP 4 MINIT BACA 1030 LIHAT 25 BERKONGSI

Jom Meriahkan Hari Raya dengan Sajian Lazat Ini!

Create a Raya hamper with products from Amway

Sama ada anda duduk di rumah atau meraikan bersama keluarga atau kawan rapat, jangan lupa satu lagi aspek penting hari raya – makanannya!

Biskut mentega, kuih bangkit, biskut Almond London dan snek-snek lain sudah biasa disajikan setiap tahun. Tetapi tahun ini, mengapa tidak mencuba sesuatu yang baru dengan rangkaian sajian hari raya Amway.

Menampilkan 16 sajian hari raya untuk dipilih, anda pasti rambang mata. Yang paling penting, anda tidak perlu bersesak-sesak di pasar raya untuk membeli-belah kerana anda boleh mendapatkan semuanya di laman web Amway. Selain itu, jika anda rindukan suasana perayaan, pasang lagu raya kegemaran anda semasa anda membeli-belah dalam talian.

Tidak pasti di mana hendak bermula? Berikut adalah beberapa pilihan kegemaran kami:

Maniskan Sambutan dengan Biskut, Biskut, Biskut!

Sama ada untuk perjumpaan dengan beberapa orang kawan (pastinya mengikut SOP yang ditetapkan), berkumpul di rumah bersama keluarga atau hadiah untuk insan tersayang yang tidak boleh anda kunjungi tahun ini, hari raya tidak lengkap tanpa biskut.

Celebrate Raya with cookies and snacks from Amway

1. Set Juadah Biskut Kegemaran Semua Vergold

Diperbuat dengan bahan-bahan premium seperti coklat pahit, pekan dan walnut, set ini mengandungi 2x tin perisa Biskut Coklat Gelap dan Biskut Pecan Walnut Rangup. Ia boleh dijadikan hadiah yang sempurna untuk sebarang acara, jadi ia bagus dijadikan hadiah secara tunggal atau dijadikan hamper dengan sajian lain. Hakikatnya, ia sangat sedap, jadi anda mungkin mahu memesan satu atau dua set lagi untuk dinikmati sendiri!

2. Biskut Aneka Rasa Cookie Lovers

Satu lagi kegemaran bagi mereka yang sukakan sedikit variasi dalam hidup ialah Biskut Aneka Rasa Cookie Lovers yang didatangkan dalam perisa mentega, kopi dan coklat. Kudapan yang enak ini sangat sesuai untuk minum petang.

3. Biskut Coklat Berganda Cookie Lovers

Peringatan, sebaik sahaja anda meletakkan biskut ini di atas meja, kanak-kanak dan orang dewasa pasti mengerumuninya. Biskut coklat dengan cip coklat ini sangat enak sehinggakan tiada sesiapa yang boleh menolaknya.

Sajian Savouri & Minuman yang Harus Ada di Meja Teh

Seimbangkan rasa manis itu dengan sedikit rasa pedas dan masin!

Get snacks and drinks from Amway

4. Koktel Campuran Vergold

Terdiri daripada campuran kekacang yang enak – kacang tanah panggang, kacang gajus panggang bersalut madu dan kacang badam celur dengan aneka keropok beras – snek ini pasti popular ketika jamuan minum teh.

5. Popiah Mini Udang Vergold

Popiah udang yang garing, pedas dan kecil ini akan membuatkan anda dan para tetamu mengambil “hanya satu lagi” dengan setiap gigitan!

6. Jus Pekat Buah-buahan Vergold

Lupakan seketika pekatan sirap ros yang mengandungi banyak gula dan beralih ke perisa buah. Tersedia dalam 5 perisa, Jus Pekat Buah-buahan Vergold diperkaya dengan vitamin A, B6, C dan E untuk minuman yang sihat dan menyegarkan.

Buat Janji Temu Dengan Kurma Istimewa Ini!

Vergold Exotic Arabian Dates

Akhir sekali, jika anda ingin menyediakan snek tradisional yang sihat dalam sajian anda, pilih Buah Kurma Arabia Eksotik Vergold. Kurma yang sederhana manis ini boleh dijadikan snek atau jika anda inginkan kelainan, pilihlah Buah Kurma Arabia Dengan Badam Vergold yang mengandungi sebiji badam panggang di dalam setiap buah kurma.

Selain itu, keistimewaan snek ini ialah semuanya enak untuk dinikmati di rumah, boleh dijadikan hadiah secara tunggal dan boleh digabungkan untuk dijadikan hamper untuk keluarga dan kawan-kawan. Jadi, cepat dapatkan snek Raya anda sekarang sebelum stok habis!