Floating Icon
04 NOV 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 654 LIHAT 21 BERKONGSI

Resipi Kari Dal Protein dengan Noxxa

Ramai yang mengambilnya untuk sarapan dengan roti canai kegemaran mereka. Dituang banyak-banyak di atas nasi panas untuk makan tengah hari dan dimakan dengan perata, tose, malah idli untuk makan malam di rumah dan restoran di seluruh dunia.

Deepavali meal with Soy Protein Dhal Curry_Recipe.jpg

Tidak pernah bosan dengan dal. Deepavali kali ini, buatlah kari dal (lentil belah kering) di dalam Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa dan tambahkan serbuk Minuman Protein Soya Nutrilite kami untuk merangsang pengambilan protein dan juga nutrien anda!


Resipi Kari Dal Protein Soya

Bahan-bahan A

  • 250g dal campur (direndam 30 minit)
  • 300g air
  • 1 bawang (dicincang)
  • 10 ulas bawang putih
  • 1 inci halia (dicincang)

Bahan-bahan B

  • 4 sb minyak zaitun
  • 1 bawang besar (dihiris)
  • 1 sk biji sawi
  • 2-3 cili kering
  • 1-2 tangkai daun kari

Bahan-bahan C

  • 2 tomato (dipotong baji)
  • 2 lobak merah (dipotong besar)
  • 3 kentang (dipotong baji)
  • 1 terung bulat kecil (dipotong baji)
  • 30g pes asam jawa (campur dengan 200g air)
  • 2 sb serbuk kari dal (campur dengan 500g air)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar Minuman Protein Soya Nutrilite (dijadikan pes dengan 4 sb air)


Noxxa Electric Multifunction Pressure Cooker_Nutrilite Soy Protein Drink.jpg

Cara

  1. Masukkan Bahan-bahan A ke dalam periuk dalaman Periuk Tekanan Multifungsi Elektrik Noxxa. Pasang penutup dan putar tombol kawalan tekanan ke PRESSURE. Pilih fungsi MULTIGRAIN dan tetapkan masa ke 6 minit. Setelah masak, tekan CANCEL, bebaskan tekanan dan buka penutupnya. Tuangkan dal yang sudah dimasak ke dalam mangkuk besar dan ketepikan.
  2. Bersihkan periuk dalaman dan masukkan semula ke dalam periuk tekanan. Hidupkan fungsi STIR FRY 160°C dan masukkan minyak. Tumis Bahan-bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan Bahan-bahan C kecuali serbuk protein. Kacau rata dan pasang penutup. Putar tombol kawalan tekanan ke PRESSURE. Pilih fungsi SOUP/BROTH dan laraskan masa ke 6 minit.
  4. Setelah siap, bebaskan tekanan dan buka penutupnya.
  5. Masukkan Minuman Protein Soya Nutrilite dan kacau rata sebelum dihidangkan dengan nasi atau roti leper.