Floating Icon
06 SEP 2021 GAYA HIDUP 1 MINIT BACA 748 LIHAT 23 BERKONGSI

Resipi Roti Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari sering dikaitkan dengan beberapa faedah kesihatan termasuk menurunkan tahap tekanan darah dan keradangan. Bijinya mengandungi vitamin E, flavonoid dan sebatian tumbuhan lain, yang membantu mengurangkan keradangan dan juga meningkatkan tahap tenaga anda.

Selain mengunyah bijinya sebagai snek, anda juga boleh memanggangnya. Oleh itu, cubalah resipi Biji Bunga Matahari ini mengguna Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa. Lagipun, ia adalah roti buatan sendiri dan mempunyai manfaat kesihatan daripada biji bunga matahari juga.

Bake Sunflower Seed Bread ingredients.jpg


Roti Biji Bunga Matahari

Bahan-bahan

  • 300ml air
  • 60g minyak
  • 30g susu tepung
  • 50g gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 150g tepung mil penuh
  • 250g tepung roti
  • 50g tepung biasa
  • 90g emping oat
  • 50g biji bunga matahari (tidak bergaram)
  • 2 sudu kecil yis segera

Kaedah

  1. Masukkan mata penguli ke dalam loyang roti.
  2. Tuang air, minyak, susu tepung, gula dan garam.
  3. Masukkan semua jenis tepung, oat, biji bunga matahari dan akhir sekali yis di bahagian atas.
  4. Masukkan loyang roti ke dalam Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa.
  5. Pilih program BASIC RAPID dan tekan ‘START’.
  6. Keluarkan roti apabila proses membakar tamat dan nikmatilah!

Noxxa BreadMaker Oven Toaster.jpg

Dapatkan Oven Pembuat Roti/Pembakar Noxxa