Floating Icon
20 SEP 2021 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 810 LIHAT 27 BERKONGSI

Resipi Paf Tauhu

Makanan bergoreng berminyaklah!

Tidak semestinya begitu! Terutamanya apabila anda memilih untuk menggoreng udara makanan kegemaran anda. Philips Airfryer Amway ialah alat dapur yang boleh dipercayai kerana ia mempunyai dua ciri yang hebat:

Fat Removal technology is used in the Philips Airfryer.jpg

  • Teknologi Penyingkiran Lemak: Ini membolehkan anda makan sajian yang lebih sihat dengan lemak berlebihan disingkirkan daripada makanan. Philips Airfryer adalah satu-satunya Airfryer dengan Teknologi Penyingkiran Lemak yang mengasingkan dan mengumpul lemak berlebihan. Nikmati makanan lazat yang garing di luar dan lembut di dalam dengan rasa yang maksimum dan lemak yang minimum.

    Philips Airfryer uses the Rapid Air technology.jpg
  • Teknologi Rapid Air: Ini menghasilkan aliran udara 7x lebih pantas untuk hasil yang garing lagi lazat*. Nikmati snek dan sajian yang lebih sihat dan lazat yang garing sempurna namun lembut di dalam.

*Teknologi Rapid Air meningkatkan kelajuan aliran udara di dalam bakul sebanyak 7 kali ganda, berbanding dengan kelajuan aliran udara di dalam Philips Viva Airfryer dengan dasar yang rata


Setelah anda tahu kelebihan menggunakan Philips Airfryer, cubalah resipi yang ringkas tetapi lazat dan buat Paf Tauhu yang enak ini untuk dinikmati dengan insan tersayang.

Make Tofu Puffs with the Philips Airfryer_3.jpg


Resipi Paf Tauhu

    • Masa penyediaan: 20 minit
    • Masa memasak: 25 minit
    • Membuat: 12 biji tauhu

Bahan-bahan

  • 12 bebola tauhu goreng, dipotong agar sisinya terbuka
  • 1 cili merah
  • 1 cili hijau
  • 1/2 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 udang besar (dibuang kulit)
  • 3 tauhu lembut
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 telur kecil (dipukul)
  • 2 sk tepung gandum
  • ½ sk garam
  • ½ sk lada

Cara

  1. Masukkan cili merah, cili hijau, halia, bawang putih dan udang ke dalam pemproses makanan dan cincang kasar.
  2. Masukkan tauhu, daun bawang, telur, tepung gandum, garam dan lada. Lecek hingga sebati.
  3. Masukkan campuran tauhu lecek ke dalam bukaan bebola tauhu. Tekan hingga padat dan terus isikan semua bebola tauhu hingga selesai.
  4. Letakkan bebola tauhu yang telah diisi ke dalam Philips Airfryer yang telah dipanaskan pada suhu 180ºC. Goreng selama 12 minit.
  5. Hidangkan ketika masih hangat dan nikmati!


Philips Airfryer in Desert Green.jpg

Dapatkan Philips Airfryer anda hari ini!