Floating Icon
22 MAR 2023 GAYA HIDUP 2 MINIT BACA 323 LIHAT 11 BERKONGSI

Rendang Tempe & Cendawan

Bahan-bahan:

  • 300g tempe, dihiris
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • ¼ cawan minyak sayuran (sediakan minyak tambahan untuk perasa dan menggoreng)
  • 10 bawang merah kecil
  • 10 ulas bawang putih
  • 3 tangkai serai, belah dua
  • 3 hirisan lengkuas
  • ½ inci kunyit hidup
  • 3 buah keras
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 2 sudu besar pes cili
  • ½ cawan krim kelapa
  • 3 daun limau purut
  • 1 asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 150g cendawan tiram
  • ½ sudu besar gula melaka
  • 1 daun kunyit, dihiris halus

Cara:

  1. Perasakan tempe dengan serbuk kunyit, garam dan minyak sayuran.
  2. Kisar halus bawang merah kecil, bawang putih, serai, lengkuas, kunyit hidup dan buah keras.
  3. Pilih tetapan ‘Stir Fry’ dan tekan ‘Start’.
  4. Goreng tempe dalam minyak sayuran sehingga perang keemasan dan garing. Ketepikan.
  5. Masukkan ¼ cawan minyak sayuran dan tumis bahan kisar selama 5 minit sehingga naik bau.
  6. Masukkan serbuk kari dan pes cili, kacau dan masak selama 10 minit lagi.
  7. Masukkan krim kelapa dan daun limau purut, kacau dan masak selama 1 minit.
  8. Masukkan asam keping dan kerisik, masak sehingga kuahnya pekat.
  9. Masukkan cendawan tiram dan gula melaka, kacau dan masak sehingga rendang sedikit kering.
  10. Masukkan tempe goreng dan gaul rata.
  11. Hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris halus sebelum dihidangkan.