Floating Icon
10 DEC 2020 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 980 LIHAT 57 BERKONGSI

Usah Biarkan Perosak Tilam Mengganggu Tidur Anda

Perosak tilam boleh mengganggu terutamanya apabila anda perlukan tidur yang nyenyak selepas hari yang memenatkan di tempat kerja. Dapatkan tidur yang berkualiti untuk kesejahteraan diri yang dipertingkatkan dan jadikan katil anda tempat selamat setiap malam dengan langkah-langkah mudah ini!

Tahukah anda?

Pepijat

• Makhluk parasit berkaki enam kira-kira sebesar biji epal

• Dijumpai pada tilam, peralatan tempat tidur, pakaian dan apa-apa barangan isi rumah

• Makan darah manusia dan meninggalkan gigitan kecil yang gatal

Hama Habuk

• Serangga seni, keluarga labah-labah

• Ditemui pada tilam, permaidani dan perabot bersarung

• Makan sel-sel kulit mati dan boleh menyebabkan tindak balas alahan seperti asma, ekzema dan rhinitis



LANGKAH 1: Kemaskan barangan yang bersepah

Atur kediaman anda dan kemaskan barangan yang bersepah untuk mencegah pepijat dan hama habuk bersembunyi dan membiak.

LANGKAH 2: Vakum dan wap fabrik dan perabot anda

• Vakum perabot, tilam, rangka katil dan sebagainya dengan kerap untuk membasmi tempat persembunyian pepijat dan hama habuk.

• Wap dapat menembusi kawasan di luar jangkauan, membunuh pepijat di sarang mereka.


Amway Home SA8 Concentrated Fabric Softener

LANGKAH 3: Bersihkan semua fabrik

Cuci semua pakaian dan peralatan tempat tidur anda serta sebarang fabrik yang terjejas dengan detergen yang berkesan. Ini membantu menghapuskan tempat pembiakan pepijat dan juga membuang sumber makanan hama habuk seperti sel-sel kulit mati.

Detergen Serbuk Cucian Pekat SA8™ Premium (1kg / 3kg)

• Memberikan prestasi pembersihan yang berkesan untuk menghilangkan kotoran, tanih dan tidak meninggalkan sisa berbahaya.

Detergen Cecair Cucian Pekat SA8 (1 L)

• Rumusan yang larut sepenuhnya dan mudah dibilas sambil menjadikan fabrik kelihatan dan berasa seperti baru.

Peluntur Fabrik SA8 (1 kg)

• Dirumus dengan peluntur oksigen aktif yang berkesan menghapuskan kebanyakan kotoran pada sebarang suhu.

LANGKAH 4: Bersihkan semua permukaan

Hapuskan semua tempat pembiakan pepijat dan hama habuk dengan membersihkan semua permukaan termasuk rangka katil, lantai, tingkap, permaidani dan permukaan rumah yang lain dengan teliti.

Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.™ (1 L)

• Pencuci serba boleh pelbagai guna - berkesan pada semua permukaan yang boleh dicuci. Menjadikan permukaan berkilat dan bebas sisa.

Pencuci Lantai Floor Shine (1 L)

• Berkesan membasmi bakteria dan menyingkirkan gris dan kotoran dengan mudah.

Pencuci Disinfektan Satu Langkah PURSUE™ 387800 (1 L)

• Membersih, menyahjangkit, mengharum dan mensteril permukaan keras dalam satu langkah.

LANGKAH 5: Gunakan pelindung bantal dan tilam

• Sarungi bantal dan tilam anda dengan pelindung yang dirawat antihama habuk dan boleh bernafas. Cuci secara kerap untuk menyingkirkan bekalan makanan dan air hama habuk dan lindungi tilam anda daripada serangan pepijat dan hama habuk.