Floating Icon
09 JUN 2023 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 427 LIHAT 11 BERKONGSI

Petua Menyeterika Dengan Mudah



Ada sebilangan orang yang menganggap menyeterika ialah tugas yang menggembirakan dan menenangkan, tetapi bagi yang lain, berbaloi menyelidik pelbagai alat dan kaedah yang boleh membantu menyelesaikan tugas ini dengan lebih cepat. Dengan teknologi moden termaju seperti hari ini, menyeterika dengan cepat dan mudah bukan lagi sekadar impian.

Lagipun, masa berharga anda lebih baik dihabiskan untuk memperbaiki diri dan menjaga insan tersayang, bukan? Jika anda bosan berdiri menghadap papan seterika selama berjam-jam, teruskan membaca.



Petua Menyeterika Dengan Mudah 1: Berhati-hati semasa mencuci pakaian

Pertama sekali, semuanya bermula dengan cara anda mencuci pakaian anda. Pastikan anda muatan mesin basuh anda tidak terlalu penuh – muatan yang sedikit dan ringan akan keluar daripada mesin basuh dengan sedikit kedutan. Apabila membasuh pakaian yang halus dengan tangan, ingatlah untuk tidak memerahnya terlalu kuat atau pakaian anda akan berkedut seribu; cukup sekadar memerah dengan lembut.



Petua Menyeterika Dengan Mudah 2: Jangan melangkau pelembut fabrik

Selain menjadikan pakaian anda lembut, pelembut fabrik mengurangkan rintangan permukaan fabrik yang membolehkan seterika anda meluncur dengan mudah. Ini menjadikan proses menyeterika lebih cepat dan lebih mudah. Mahu pelembut fabrik yang selamat untuk seisi keluarga? Diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi, Pelembut Fabrik Pekat SA8 amat disyorkan.



Petua Menyeterika Dengan Mudah 3: Melabur dalam seterika penjana stim yang bagus

Teknologi OptimalTEMP Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064 membolehkan anda menyeterika semua pakaian yang boleh diseterika dengan cepat tanpa perlu melaraskan suhunya berulang kali – dan dijamin tiada terbakar.

Ia juga memanfaatkan Teknologi ProVelocity untuk menyediakan stim berkuasa yang berterusan (sehingga 130g/min untuk menghilangkan kedutan dengan sangat berkesan sehingga 8 bar tekanan stim untuk menyeterika dengan pantas.



Petua Menyeterika Dengan Mudah 4: Pastikan permukaan seterika anda bersih

Tanpa sebarang kotoran atau bendasing padanya, plat logam seterika anda lebih cepat panas – dan lebih selamat. Bersihkannya dengan kerap menggunakan kain lembap yang lembut, terutamanya apabila lubang stim mula kelihatan tersumbat.

Lebih baik lagi, gunakan sahaja Smart Calc-Clean Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064, fungsi penyahkerakan dan pembersihan bersepadu yang melindungi seterika dan mengekalkan prestasi stim. Ia juga akan memaklumkan anda dengan penunjuk cahaya apabila pembersihan dan penyahkerakan perlu dilakukan.

Plat Tapak Termaju SteamGlide merupakan salutan 6 lapisan terpaten dengan lapisan titanium termaju untuk peluncuran lancar dan tahan calar yang hebat. Tapak tahan karatnya menjanjikan kekuatan dan ketahanan yang dipertingkat untuk menyeterika selama bertahun-tahun lagi.



Petua Menyeterika Dengan Mudah 5: Beri perhatian kepada butiran yang kecil namun bermanfaat

Reka bentuk intuitif benar-benar membawa perbezaan. Kompak dan ringan, Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064 mempunyai tangki air boleh tanggal 1.8 liter di belakang seterika, yang memudahkan untuk memeriksa paras air dan mengisi semula apabila perlu. Kapasiti tangki airnya yang besar juga bagus untuk penggunaan berterusan selama 1.5 jam, jadi anda tidak perlu mengisi semula berulang kali.

Jadi, jika anda mahu tugas menyeterika selesai dengan cepat, dapatkan Seterika Penjana Stim PerfectCare Philips PSG6064 dan ingat helah ini untuk pakaian bebas kedut dengan fabrik halus dalam masa yang singkat

Beli ini – dan semua keperluan dobi anda yang lain – sekarang di Amway.my