Pernah menghantar infografik pendidikan atau video pendek ke kumpulan sembang anda tetapi hanya mendapatkan sedikit ‘like’ daripada rakan-rakan anda tanpa sebarang pertanyaan lanjut daripada mereka?
Anda tahu yang beberapa rakan anda sedang memikirkan idea untuk memulakan perniagaan sendiri tetapi mengapa mereka seperti tidak berminat apabila anda mahu memulakan topik perbualan itu dengan mereka?
Walaupun berusaha sedaya upaya untuk tidak kelihatan terlalu ‘menjual secara agresif’, pihak yang satu lagi nampaknya semakin defensif apabila anda bercakap dengan mereka. Mengapa begitu?
Jika anda menghadapi dilema ini, inilah masanya untuk mengetahui apa yang membimbangkan mereka. Anda perlu menghilangkan keraguan mereka sebelum membawa mereka dalam perbincangan dari hati ke hati.
Kemungkinannya ialah prospek baru dalam kumpulan sembang anda ada 4 soalan berikut dalam fikiran mereka. Mereka mengambil sikap tunggu dan lihat kerana mereka hampir tidak tahu apa-apa tentang pelan perniagaan dan manfaat produk anda. Jadi, mulakan dengan menghilangkan keraguan mereka sebelum berusaha mewujudkan komunikasi terbuka untuk memperoleh hasil yang lebih baik.
Tahukah anda tahu bahawa ini mungkin antara kata kunci kegemaran pelanggan anda?
|
Bagi prospek yang tidak biasa dengan perniagaan Amway, sangat penting untuk memilih topik perbualan yang tepat. Dari segi produk, mereka cenderung bertanya, “Apakah perbezaan Amway dengan jenama yang saya gunakan sekarang? Adakah ia selamat? Apakah manfaatnya?”
Dari segi peluang perniagaan, mereka mungkin bertanya, “Bolehkah saya memperoleh wang dengan Amway? Bagaimanakah jika saya tidak mempunyai banyak masa atau sedikit kenalan?”
Itu perkara biasa. Setiap orang ada keraguan ketika memulakan sesuatu yang baru. Jadi bagaimana anda hendak menghilangkan keraguan pelanggan anda? Anda melakukannya dengan menyampaikan maklumat dengan jujur.
Ingat, misi anda adalah untuk memberi pelanggan gaya hidup dan pengalaman produk yang lebih baik. Anda tidak boleh membina kepercayaan dengan maklumat palsu atau tidak benar. Bersikap jujur ialah prasyarat untuk saling berkomunikasi.
1. Peluang perniagaan
2. Pengenalan produk
Sekarang anda sudah nampak mengapa lebih mudah untuk berkomunikasi selepas menghilangkan keraguan seseorang? Jadi, teruskan, bersikap lebih jujur dan ambil inisiatif. Anda pasti akan melihat hasil yang lebih ketara tidak lama lagi. Jangan untuk mempraktikkannya!