Floating Icon
04 AUG 2023 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 404 LIHAT 1 BERKONGSI

Segala yang Anda Perlu Tahu Mengenai APC

APC Amway Malaysia


Program Pelanggan Istimewa Amway

Pertama kali dilancarkan pada 4 Januari 2021, Program Pelanggan Istimewa Amway (APC) merupakan sebahagian daripada pengalaman Amway yang hebat! Ketika kami terus mara ke hadapan, terujalah dengan segala yang baharu untuk diterokai, bermula dengan Program APC.

Jika anda sentiasa ingin meneroka dengan lebih lanjut tentang produk kesihatan dan kesejahteraan yang hebat (dan banyak lagi) yang Amway tawarkan, Program APC ialah cara terbaik untuk berbuat demikian. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenainya.


How APC works

Apa yang Hebat mengenai Program APC

Sebagai APC, pengalaman menggunakan produk Amway akan menjadi lebih mudah bagi anda. Apabila anda mendaftar sebagai APC, anda dapat menikmati beberapa penimatan & faedah, termasuk:

  • Mengumpul AMPoints dengan setiap pembelian produk Amway untuk menebus pembelian produk pada masa depan
  • Promosi bulanan
  • Membeli sehingga 3 unit untuk setiap SKU produk setiap hari untuk kegunaan anda sendiri
  • Membeli-belah di mana-mana Kedai Amway
  • Memesan secara dalam talian dan produk dihantar ke rumah
  • eKupon Program Ganjaran APC Baharu
    Malaysia: RM20 (Tiada pembelian minimum)
    Singapura: S$10/S$10/S$10 (Tiada pembelian minimum)
    Brunei: B$10 (Tiada pembelian minimum)


Apa itu AMPoints?

Kami memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami! APC akan memperoleh AMPoints (mata kesetiaan) setiap kali mereka membeli produk Amway:

  • Belanja 1 RM/B$/S$ = Peroleh 1 AMPoint
  • Peroleh 1 AMPoint untuk setiap RM1/B$1/S$1 yang anda belanjakan

APC perlu menukar AMPoints mereka kepada eKupon sebelum digunakan.

  • Untuk Malaysia & Brunei, minimum 1000 AMPoints = eKupon RM5.00 / B$5.00
  • Untuk Singapura, minimum 900 AMPoints = eKupon S$5.00 Had AMPoint

Had AMPoint

  • Tidak boleh ditebus untuk pembelian di R&J dan PhytoCafe, dan Caj Penghantaran atau Khidmat Selepas Jualan.
  • Tidak boleh ditukar menjadi Wang Tunai dan/atau Baucar Kredit dan tidak boleh dipindah milik.
  • Akan terluput apabila APC berhenti atau bertukar menjadi ABO. AMPoints yang digunakan tidak dapat dikembalikan.

Sudah tentu, terdapat beberapa syarat yang disertakan dengan semua keistimewaan ini.

APC Amway

Syarat APC

  • Pasangan suami isteri hanya boleh mempunyai satu Pemilikan APC
  • Pembelian dengan tujuan menjual semula tidak dibenarkan
  • Tidak dibenarkan untuk mendaftarkan APC atau ABO lain
  • AMPoints yang diambil tidak boleh dipindahkan kepada penaja ABO atau APC lain, juga tidak boleh ditukar kepada Wang Tunai atau Baucar Kredit

APC How to sign up

Mendaftar sebagai APC

  • Anda boleh melayari www.amway.my / www.amway.com.bn / www.amway.sg secara langsung untuk mendaftarkan diri anda sebagai APC dengan mengisi butiran anda dan membayar Yuran Keahlian Tahunan sebanyak RM20/B$10/S$10. Pastikan anda mengisi nombor ABO Pemilik Perniagaan Amway anda! Sekiranya anda tidak mengenali mana-mana ABO, Amway akan menugaskan seorang kepada anda.

ATAU

  • Anda boleh meminta ABO anda menghantar pautan jemputan e-mel kepada anda.* Setelah anda menerima e-mel itu, klik pada pautan yang disertakan dan daftar sebagai APC dengan mengisi butiran anda dan membayar Yuran Keahlian Tahunan sebanyak RM20/S$10/B$10.

APC Requirements

Kelayakan APC

(Hampir) semua orang boleh menjadi APC, asalkan memenuhi kriteria berikut:

  • Sekiranya anda berumur 18 tahun ke atas
  • Di Malaysia atau Brunei, sekiranya anda adalah Warganegara/PR/Warga Asing dengan Pas atau Permit Kerja yang Sah di Malaysia atau Brunei dengan alamat tempatan
  • Di Singapura, sekiranya anda adalah Warganegara/PR/Warga Asing dengan Pas yang Sah dikeluarkan oleh Kerajaan Singapura dengan alamat tempatan yang sah
  • TIDAK mempunyai Pemilikan ABO di Malaysia/Brunei/Singapura
  • TIDAK mempunyai Pemilikan APC di Malaysia/Brunei/Singapura

Untuk maklumat lanjut, tonton video ini!

Pastikan anda melihat eBrosur kami di sini juga!