Floating Icon
15 OCT 2023 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 2905 LIHAT 216 BERKONGSI

Adakah Amway Skim Piramid?

Kurang pemahaman tentang model perniagaan jualan langsung Amway menyebabkan orang bertanya: Adakah ia skim piramid? Adakah ia satu scam? Adakah ia satu fraud?

Berikut ialah fakta tentang siapa Amway, bagaimana ia beroperasi dan bagaimana Pemilik Perniagaan Amway (ABO) menjana wang.


a lack of understanding about amway's direct selling model

Adakah Amway Skim Piramid?

Amway bukan skim piramid. Ia sebuah organisasi jualan langsung di mana ABO menjana wang melalui penjualan produk. Sebaliknya, skim piramid tidak ada kaitan dengan aktiviti komersial sebenar. Ia satu bentuk penipuan kewangan yang berasaskan merekrut orang baru untuk membuat pelaburan yang kemudiannya digunakan untuk membayar orang yang menyertai sebelumnya.

Amway tidak beroperasi dengan cara ini. ABO tidak menjana wang dengan membawa lebih ramai orang – tidak dapat satu sen pun. Mereka menjana wang apabila produk dijual, bukan daripada merekrut. Dalam setiap produk yang dijual, Amway memperuntukkan sebahagian daripada kos produk sebagai “bonus”. Ini dikongsi oleh ABO yang bekerja bersama-sama dalam kumpulan jualan, menurut kontrak mereka dengan Amway.

Selain itu, risiko terhadap ABO dan pelanggannya rendah: ABO tidak diperlukan untuk membeli produk. Sebarang produk yang dibeli disokong oleh Jaminan Kepuasan 100% Amway selama 90 hari*. Yuran pendaftaran RM60/B$30 pula boleh dibayar balik sepenuhnya apabila berhenti menjadi ABO pada tahun pertama.

Sebagai syarikat jualan langsung, Amway memberikan peluang kepada 3 juta pemilik perniagaannya di seluruh dunia untuk menambah pendapatan mereka melalui penjualan produk, menjadi mentor kepada orang lain yang mempunyai minat yang sama terhadap produk Amway dan menjadi sebahagian daripada perniagaan yang boleh menyeimbangkan antara kerja dan keluarga.

Menurut Persekutuan Persatuan Jualan Langsung Dunia, industri jualan langsung global bernilai US$179.3 juta pada tahun 2020. Di Malaysia, ia bernilai RM19 bilion dan mencatatkan sejumlah 3.2 juta pengedar aktif. Penjual langsung menggambarkan keseimbangan kerja-kehidupan, peluang jaringan dan potensi pendapatan sebagai motivasi utama untuk terus berada dalam industri.


Amway is guided by values

Apa itu Amway?

Pada 1959, Amway melancarkan perniagaan jualan langsung yang dipacu oleh hubungan. Visinya pada masa itu dan berterusan hingga hari ini memang ringkas: Bekerja setiap hari untuk membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik.

Konsep perkongsian ialah tonggak perniagaan Amway yang ditubuhkan oleh dua pengasasnya. Kini ia merangkumi keluarga pengasas, pekerja dan pemilik perniagaan. Keputusan dipandu oleh kepentingan jangka panjang ABO.

Visi itu dilaksanakan setiap hari kerana syarikat membantu orang di mana-mana sahaja meneroka potensi dan mencapai matlamat mereka dengan menawarkan jenama dan peluang yang hebat. Amway dipandu oleh enam nilai yang tak lapuk dek zaman: perkongsian, integriti, nilai peribadi, pencapaian, tanggungjawab peribadi dan perusahaan bebas. Berkongsi dengan masyarakat tempatan di lokasi syarikat dan pemilik perniagaannya beroperasi ialah bahagian penting visi ini.

ABO bertapak di seluruh dunia, dari Amerika ke Eropah, India dan Afrika hingga ke Greater China dan rantau Asia Pasifik. Model perniagaan kos rendah dan risiko rendah syarikat mempersiapkan ABO untuk mencapai matlamatnya. Ia menangani keperluan yang mungkin berbeza-beza mengikut geografi dan budaya dengan cepat dan cekap. Perincian besar dan kecil, dari mematuhi peraturan penjualan tempatan hingga saiz produk dan pilihan jenama diselaraskan dengan kerajaan tempatan, pemilik perniagaan dan pengguna.

Kelestarian juga merupakan prinsip teras sejak berdekad-dekad lalu. Amway mengawal sebahagian besar prosesnya, dari mana bahan-bahan diperoleh (sesetengahnya berasal dari hampir 6,000 ekar tanah ladang milik Amway yang disahkan organik), hingga di mana ia dikilang. Selain itu, 50% tenaga yang menggerakkan ibu pejabat dunia Amway di Ada, Michigan, dijana oleh angin. Ini ialah amalan-amalan terbaik dalam industri dan ia telah menjadi sebahagian daripada DNA Amway sejak hari pertama.


Amway is direct selling organisation

Bagaimana Amway berfungsi?

Tidak ada satu cara untuk semua dalam hal mencari nafkah dan tidak pernah ada. Hasilnya ialah keperluan dan permintaan dalam kalangan tenaga kerja hari ini untuk kepelbagaian pilihan. Organisasi jualan langsung seperti Amway menawarkan pilihan kos rendah dan risiko rendah kepada individu untuk menambah pendapatan mereka. ABO menggunakan dan menjual produk pemakanan, kecantikan dan rumah berkualiti tinggi kepada pengguna.

Semakin banyak jualan produk yang mereka jana, semakin banyak pendapatan yang mereka peroleh. Ramai juga yang memilih untuk membina perniagaan dengan berkongsi peluang Amway dengan orang lain dan mengajar mereka cara menjual. Ini bererti jangkauan produk yang lebih luas dan akhirnya pendapatan yang lebih tinggi kerana jumlah jualan pasukan. Secara ringkasnya, ABO memperoleh wang daripada penjualan produk kami – penjualan yang dijana oleh mereka dan pasukan yang mereka sokong.

Sejak 1959, Amway telah membayar bonus dan insentif hampir US$63 bilion kepada pemilik perniagaannya di seluruh dunia [1] – lebih banyak daripada mana-mana syarikat jualan langsung lain dalam sejarah [2].

Untuk memulakannya, ABO di Malaysia dan Brunei membayar yuran pendaftaran sebanyak RM60/B$30. Di bawah jaminan pemulangan wang 100% selama 90 hari* dan polisi bayaran balik syarikat (dalam tahun pertama), sangat mudah untuk meninggalkan perniagaan ini jika seseorang memutuskan bahawa ia bukan untuk mereka.

Pemilik perniagaan menerima bahan pendidikan dan latihan dalam talian yang tersedia 24/7 di peranti mudah alih dan dalam pelbagai bahasa. Topik pendidikan dan latihan merangkumi maklumat produk, bagaimana menjualnya, bagaimana menjana pendapatan, bagaimana mengembangkan perniagaan dan bagaimana menjadi pemimpin. Di samping itu, Amway menawarkan alat perniagaan, termasuk laman web yang mesra peranti mudah alih, aplikasi dan sokongan perkhidmatan pelanggan. Berbanding dengan kos permulaan hampir semua jenis perniagaan lain, kos untuk menjadi ABO adalah minimum dan berisiko rendah.

Seperti mana-mana syarikat yang mahu berkembang maju, Amway mendorong dan memberi ganjaran kepada ABO cemerlang berdasarkan hasil dan kerja keras mereka sendiri. Berikut ialah tiga kaedah ABO menjana wang:

  1. Seperti mana-mana perniagaan runcit, ABO memperoleh wang apabila mereka menjual produk Amway.
  2. Mereka mendapat bonus daripada syarikat berdasarkan jumlah jualan produk perseorangan mereka. Apabila perniagaan mereka berkembang, mereka boleh memperoleh bonus tambahan daripada syarikat berdasarkan jumlah jualan produk pasukan mereka.
  3. ABO diberikan ganjaran insentif pertumbuhan untuk pencapaian utama dalam mengembangkan dan membantu pasukan mereka berjaya.

Berjuta-juta orang telah memilih untuk memulakan perniagaan Amway mereka sendiri, menjual produk rumah, kecantikan dan pemakanan syarikat sebagai cara untuk memperoleh wang tambahan di samping menentukan kejayaan mereka sendiri. Bagi sesetengah orang, ia mungkin bermaksud membayar tutorial atau kelas muzik untuk anak-anak mereka atau membantu membayar bil bulanan. Bagi yang lain, maknanya mungkin lebih lagi.

Kerja pemilik perniagaan berkisar tentang hubungan peribadi. Pengguna mempunyai keinginan yang kuat untuk menyokong perniagaan kecil yang dimiliki secara bebas dan mereka tahu penjual langsung boleh memberikan perkhidmatan peribadi dengan tahap pengetahuan yang tinggi. Melalui rangkaian Amway, pengguna boleh mengakses produk eksklusif dan berkualiti tinggi yang boleh dijual oleh ABO dengan cara mereka sendiri. Apabila pasukan jualan langsung ini berkembang dan menjual lebih banyak produk, ABO akan memperoleh lebih banyak wang.


ABOs use and sell quality products

Semuanya tentang produk berkualiti

Produk asal Amway, Liquid Organic Cleaner (L.O.C.) ialah salah satu produk pembersih pekat, terbiodegradasi dan peka terhadap alam sekitar yang pertama di pasaran. Sejak itu, dengan semangat perintisan dan tujuan yang sama, Amway telah beralih daripada menjual produk rumah untuk menjadi pemimpin global dalam bidang kesihatan dan kecantikan juga. Selama berdekad-dekad, syarikat telah memfokus kepada produk yang peka terhadap alam sekitar dan terbiodegradasi.

Jenama terkemuka Amway termasuk suplemen diet vitamin dan mineral Nutrilite™ serta penjagaan kulit dan kosmetik ARTISTRY™. Di samping itu, syarikat ini menawarkan antara lain, Sistem Rawatan Air eSpring™; produk-produk pembersihan rumah Amway Home™ yang prihatin terhadap alam sekitar dan sistem rawatan udara Atmosphere™. ABO di seluruh dunia membina perniagaan mereka dengan jenama-jenama ini.

Sebagai pemimpin global dalam penyelidikan fitonutrien, penjagaan kulit, penulenan dan kemajuan air dan udara, hampir 1,000 saintis, jurutera dan juruteknik Amway bekerjasama untuk mencipta produk baru yang menyokong ABO dan keperluan pelanggan mereka. Projek penyelidikan global syarikat bukan hanya mempengaruhi pembangunan produk Amway, tetapi juga menyumbang kepada komuniti R&D yang lebih besar.


Legasi yang semakin berkembang

Amway telah menjalankan perniagaan selama hampir 60 tahun dan kini memiliki lebih daripada 1 juta ABO di seluruh dunia. Syarikat telah membayar lebih banyak bonus daripada penjual langsung lain dan diakreditasi oleh Better Business Bureau.

Amway tetap komited dengan kepercayaan asas yang menjadi teras syarikat milik keluarga untuk membantu insan mencapai potensi mereka dan syarikat merancang untuk terus menghalakan tenaganya untuk memperkasa insan dan masyarakat pada dekad-dekad yang akan datang.

Syarikat benar-benar mahu memastikan semua orang yang berhubung dengan Amway mempunyai pengalaman positif.


*Terma & Syarat dikenakan.

[1] Rekod Amway

[2] Euromonitor International Limited, euromonitor.com/amway-claims