Floating Icon
18 AUG 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 366 LIHAT 0 BERKONGSI

Membina Persekitaran Perniagaan Yang Lebih Baik Dengan Standard Jaminan Kualiti

Perniagaan Amway dibina berasaskan tradisi tatacara perniagaan beretika dan berintegriti. Amway berbangga menjadi perniagaan yang memberi peluang sama rata – ia peluang untuk semua!

Prinsip kesamarataan, keadilan dan kejujuran dicerminkan dalam Peraturan Tatacara & Tingkah Laku dan diterapkan kepada semua Pemilik Perniagaan Amway (ABO) supaya persekitaran yang sama rata diwujudkan dalam perniagaan ini.

Amway_prides_itself_on_being_an_equal_opportunity_business.jpg

Di Amway, kami tidak mahu anda melihat Peraturan Tatacara & Tingkah Laku (ROC) sebagai sesuatu yang negatif. Peraturan ini direka untuk membantu diri anda dan kumpulan anda membina perniagaan yang bertenaga dan menguntungkan.

Ia berfungsi melindungi ABO – bukannya mengawasi – dan juga melindungi Amway supaya syarikat akan terus berkembang dan berjaya.


PENGENALAN STANDARD JAMINAN KUALITI (QAS)

Pengasas Bersama Amway, Rich DeVos & Jay Van Andel sentiasa menekankan kepentingan mengamalkan standard tingkah laku yang tinggi. Ia menjadi prinsip Amway sejak awal lagi.

Oleh itu, Standard Jaminan Kualiti atau QAS adalah hasil yang wajar dan perlu kerana mengikuti laluan yang dirintis oleh Rich dan Jay untuk kita.

Standard ini membantu kita memupuk persekitaran untuk ABO mengembangkan perniagaan. Ia juga membantu memastikan kita terus berpegang pada visi pengasas.

QAS_helps_foster_an_environment_where_ABOs_can_grow_their_businesses_750.jpg

QAS merangkumi semua bahan sokongan perniagaan atau BSM yang dihasilkan syarikat, anda dan pasukan anda, termasuk bercetak, audio, visual, aplikasi, e-mel, mel suara, laman web, dan mesyuarat secara langsung yang digunakan untuk membawa prospek ke dalam perniagaan, mendidik pelanggan serta melatih dan menyokong ABO.

(1) Standard Program: Mengandungi proses dan syarat wajib yang berkaitan dengan BSM. Ini termasuk acara dan majlis, proses penyerahan dan semakan, kandungan mesyuarat wajib dan latihan yang diperlukan.

(2) Standard Kandungan: Berkaitan dengan kandungan BSM, apa yang boleh dan tidak boleh digunakan atau dikatakan dalam ucapan, penulisan atau bahan-bahan lain. Ini termasuk peletakan Peluang Perniagaan Amway dan harta inteleknya, menerangkan produk, membincangkan pendapatan dan banyak lagi.

Anda akan belajar lebih banyak lagi tentang QAS. Modul e-Pembelajaran akan tersedia untuk membantu anda mempelajari semua yang anda perlu tahu untuk mematuhi standard ini. Anda juga mungkin mendengar lebih banyak tentang QAS di acara latihan secara langsung.

Setelah dilaksanakan sepenuhnya, standard ini akan membantu kita membina persekitaran yang lebih baik untuk semua ABO mengembangkan perniagaan mereka. Tambahan lagi, ia akan membantu kita menjadikan syarikat seperti yang menjadi hasrat pengasas.


KEMAS KINI PERATURAN TATACARA & TINGKAH LAKU AMWAY – BERKUAT KUASA SEPTEMBER 2020

Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway telah dipertingkatkan dan dikemaskini untuk memberikan salingkaitan dan kejelasan yang lebih baik kepada semua ABO dan pemimpin di pasaran semasa.

Versi terbaru ROC boleh didapati di Manual Perniagaan. Anda juga boleh melihat ROC di sini.