Floating Icon
18 AUG 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 446 LIHAT 0 BERKONGSI

Core Plus+ Melengkapkan Pelan Teras

Dengan Core Plus+, anda boleh mendapat pelbagai insentif dalam TP21 (September 2020 sehingga Ogos 2021). Teruskan membaca untuk mengetahui beberapa fakta yang akan membantu anda mencapai ganjaran tersebut supaya anda boleh memulakannya dengan kukuh dan terus berada di landasan yang betul!

Program Insentif Budi Bicara Core Plus Amway ialah program global yang direka untuk melengkapkan Pelan Pampasan ABO Amway (Pelan Teras). Dengan Core Plus+, ABO di semua tahap akan diberikan ganjaran kerana membina struktur yang menguntungkan dan mampan. Sasarkan pencapaian utama ini untuk memanfaatkan sepenuhnya pelan ini.


1. Core Plus+ ialah program insentif budi bicara baru daripada Amway.

Insentif Core Plus+ melengkapkan Pelan Penjualan dan Pemasaran Amway dengan memberikan ganjaran untuk amalan terbaik dalam membina perniagaan yang kukuh dan mampan. Anda boleh mula memperoleh ganjaran Core Plus+ daripada jualan pertama anda dan insentif akan terus berkembang seiring dengan perniagaan anda.

Core Plus is based on ABO feedback.jpg


2. Core Plus+ adalah berdasarkan maklum balas ABO.

Semasa merancang Core Plus+, Amway berunding dengan pemimpin ABO di seluruh dunia untuk memastikan peluang Amway kekal kompetitif dan memenuhi jangkaan anda.


3. Core Plus+ selaras dengan Pelan Teras.

Kedua-dua Core Plus+ dan Pelan Teras memberikan ganjaran kepada anda kerana mengikuti amalan membina perniagaan yang telah diuji dan terbukti berkesan. Ini termasuk memberi khidmat kepada pelanggan dan mewujudkan struktur perniagaan yang sihat. Kebanyakan bayaran insentif Core Plus+ adalah berdasarkan pencapaian Pelan Teras.

New income opportunities for new ABOs.jpg


4. Core Plus+ melaburkan lebih banyak wang dalam perolehan anda.

Dengan sokongan keluarga pengasas, Core Plus+ menunjukkan komitmen Amway untuk melabur lebih banyak lagi dalam pampasan anda. Bagaimana? Dengan menawarkan peluang pendapatan baru kepada ABO baru di samping terus menawarkan insentif pemimpin premium.


5. Core Plus+ menawarkan ganjaran yang lebih besar, lebih awal.

Walau apapun tahap anda, Core Plus+ memastikan anda terus terlibat dan terinspirasi untuk berkembang dengan:

  • Memberikan ganjaran kepada anda atas khidmat kepada pelanggan dan membina pasukan.
  • Mengiktiraf anda lebih awal atas aktiviti penjualan dan pembinaan perniagaan yang mampan.
  • Memelihara pendapatan dan ekuiti pemimpin dengan peluang pampasan premium.

6. Core Plus+ membolehkan pemimpin memperoleh lebih banyak pendapatan.

Penyandang Perak dan ke atas boleh meningkatkan pendapatan daripada Core Plus+ dan Pelan Teras dengan mencapai pertumbuhan yang berkekalan dan mengimbangi kelebaran dan kedalaman perniagaan mereka. Core Plus+ membantu Platinum berkembang menjadi Pengasas dan mengekalkan kelayakan mereka itu yang membolehkan pemimpin memperoleh lebih banyak pendapatan melalui Pengiktirafan Anugerah Global (GAR) dan Anugerah Pencapaian Pengasas (FAA).


7. Core Plus+ memanfaatkan Jumlah Delima.

Jumlah Delima boleh membantu anda memperoleh lebih banyak pendapatan. Lebih banyak Jumlah Delima bermaksud:

  • Bonus Kepimpinan yang lebih besar untuk cabang yang layak. Maksimumkan Bonus Kepimpinan untuk cabang yang layak ABO bawahan.
  • Lebih banyak pendapatan daripada Bonus Pencapaian Kebezaan untuk cabang yang tidak layak.
  • Peluang untuk cabang barisan hadapan yang layak pada masa depan.
  • Pendapatan insentif Core Plus+ Tambahan.

Core Plus Digital Business tools.jpg


8. Core Plus+ didatangkan dengan alat Perniagaan Digital Core Plus+

Jejaki kemajuan dan pendapatan daripada Core Plus+ di papan pemuka digital anda. Contohnya, ia menunjukkan anggaran pendapatan berdasarkan aktiviti perniagaan anda dan gambaran keseluruhan ABO dalam kumpulan anda berserta dengan peta barisan penajaan (LOS).

Anda boleh mula menggunakan papan pemuka Core Plus+ sekarang. Dapatkan lebih banyak maklumat tentang papan pemuka di laman web Amway > Pusat Perniagaan > Core Plus


Jadikan TP21 Tahun Terbaik Anda

Dengan adanya program insentif Core Plus+ untuk meraih keuntungan, TP21 penuh dengan potensi menjana pendapatan apabila anda membina perniagaan yang sihat dan mampan. Luangkan masa untuk membiasakan diri dengan ganjaran yang berbeza kemudian tetapkan matlamat perniagaan tahunan anda. Anda boleh lakukannya!