Floating Icon
05 SEP 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 186 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Choo Kok Leong & Choon Lien

Intan Choo Kok Leong & Choon Lien

TAMAN DESA TEBRAU | THOR KIM SUN & WONG KWEE LIAN

Tetapkan Matlamat yang Besar untuk Mengubah Kisah Hidup Andar

“Terdapat banyak peluang dalam hidup ini. Yang penting sama ada anda cukup bijak atau tidak untuk merebut peluang-peluang tersebut.”



Sebelum menyertai Amway, saya adalah seorang pemasang jubin, manakala Choon Lien adalah seorang promoter jualan. Terima kasih kepada penaja kami, kami berjaya menulis semula kisah kami dan seterusnya mengubah hidup kami.

Sebelum itu, kami rasa diri tidak berharga dengan hanya bersandarkan impian kecil. Memikirkan bahawa saya tidak akan rugi apa-apa, lalu saya memutuskan untuk menjalankan perniagaan Amway sepenuh masa dan menganggapnya sebagai kerjaya sepanjang hayat saya dua bulan selepas saya mendaftar. Isteri saya turut mengikut jejak langkah saya, dan kami menjadi pasukan suami isteri yang benar-benar komited.

Apabila orang bertanya sama ada kami bimbang tentang kegagalan. Saya memberitahu mereka bahawa jika kita menetapkan matlamat yang besar, masalah kita akan kelihatan kecil dan boleh diurus.

Semasa kami baharu hendak menapak, kami tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, pengangkutan sendiri mahupun sebarang hubungan dengan sesiapa. Apa yang kami ada hanyalah kemahuan yang kuat dan keberanian untuk menghadapi segala rintangan dengan senyuman, sambil berpegang teguh pada matlamat kami dan terus berusaha untuk mencapainya.

Kami menjadi lebih berazam untuk berjaya setiap kali keluarga dan rakan-rakan mengkritik kami. Kami adalah bukti nyata bahawa jika anda tekun, akhirnya anda akan menghilangkan keraguan orang lain. Saya juga bersyukur kerana memiliki seorang isteri yang setia dan sanggup mengharungi saat-saat sukar bersama.

Terima kasih kepada Amway, kami telah mencipta kenangan indah di merata pelusuk dunia termasuk Gold Coast; Beijing; Los Angeles; Alaska; Vancouver; Seoul; Las Vegas; Ada, Michigan; Mediterranean Cruise; Sydney, Australia dan banyak lagi. Pada tahun lepas, kami layak untuk lawatan ke Greece dan Istanbul, Turki, serta Alaska sekali lagi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja kami Soh Kim Lee, Intan Ler Ban Kwee & Goh Ah Lak, Duta Mahkota Pengasas Charlie Lee Kim Soon & Linda Ng Kwee Choo. Tidak lupa juga buat mentor kami Duta Mahkota Siew Fang & Celia Wong serta semua rakan ABO kami.

Berpegang teguhlah pada kepercayaan ini semasa anda membina perniagaan Amway anda, “Pemenang tidak akan mengalah, mereka yang mengalah tidak akan menang.”

Luahan Choon Lien : “Perjalanan yang kami tempuhi untuk membina perniagaan ini telah memberikan ganjaran dan membuahkan kejayaan. Kami telah mencapai kebebasan masa untuk memenuhi impian kami serta dikelilingi dengan mentor dan rakan yang baik. Sepanjang perjalanan kami ini, kami terhutang budi kepada setiap orang yang membantu kami dan juga sokongan padu daripada organisasi kami yang seterusnya membolehkan kami menulis semula lembaran baru dalam hidup kami.”