Floating Icon
17 APR 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 344 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Lim Chee Yang & Tan You Min

Daripada Biasa Menjadi Luar Biasa 

Saya dan You Min berasal daripada keluarga biasa. Saya mula bekerja sambilan pada usia semuda 12 tahun. Saya juga untuk membiayai pengajian saya di sebuah kolej di Taiwan. Ketika itulah saya diperkenalkan kepada Amway.

Tanggapan pertama kami tentang Amway adalah seperti yang dikongsikan oleh kebanyakan orang iaitu perniagaan yang cuma menjual produk dan mendaftar ahli baharu. Akhirnya, saya menghadiri mesyuarat peluang perniagaan setelah menolak jemputan daripada penaja saya selama tiga bulan.



Perkara yang sama berlaku kepada You Min. Dia memutuskan untuk menyertai mesyuarat Super OPP selepas menolak banyak jemputan selama beberapa bulan. Kami akhirnya mengakui nilai-nilai Amway yang sebenar dengan bimbingan pemimpin kami dan memutuskan untuk membina perniagaan Amway kami sendiri, bermula di Taiwan.

Semasa di peringkat awal membina perniagaan ini, kami menyedari kepentingan meningkatkan kecekapan profesional kami. Oleh itu, kami mula mempelajari selok-belok perniagaan. Walaupun kami hanyalah pelajar yang tidak mempunyai ramai kenalan, kami tetap tekun menghadiri latihan yang diadakan oleh syarikat dan memanfaatkan pengetahuan yang kami perolehi untuk layak sebagai Platinum setelah kami menamatkan pengajian. Selepas itu, kami mencapai Platinum Pengasas di Taiwan dan menghadiri Seminar Kepimpinan Amway kami yang pertama dalam masa tiga tahun.



Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Amway atas peluang seumur hidup ini. Ia membolehkan kami menjadi usahawan atas usaha sendiri walaupun kami hanyalah mahasiswa tanpa sebarang pengetahuan mahupun pengalaman untuk menjadi pemilik perniagaan ketika kami mendaftar sebagai ABO.

Terima kasih kepada organisasi yang menjadi sebahagian daripada kami kerana mengajar cara membina perniagaan ini dengan kaedah yang betul dan cara yang mampan. Kami berjaya mencapai kejayaan yang berterusan dan pertumbuhan diri di sepanjang perjalanan Amway kami dengan bantuan latihan yang sistematik serta kesabaran dan bimbingan oleh pemimpin kami yang tidak mementingkan diri.



Hasil usaha yang berterusan dan gigih, kami mengecapi banyak kejayaan dalam perniagaan ini kerana kami kini menikmati kebebasan masa sepenuhnya dan mencapai matlamat utama usahawan berjaya. Kami sentiasa percaya bahawa jika anda menetapkan sasaran yang jelas, kekal fokus dan mengambil satu langkah pada satu masa, anda pasti akan mencapai kemuncak kerjaya Amway anda.



Akhir sekali, terima kasih kepada semua pemimpin kami atas bimbingan mereka, terutamanya Duta Mahkota Lee Yin Chuan & Gek Hong yang sentiasa ada untuk membimbing kami ke tahap seterusnya dalam kerjaya Amway kami! Di Amway, orang biasa pun boleh menikmati gaya hidup yang luar biasa!