Floating Icon
14 FEB 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 505 LIHAT 9 BERKONGSI

Intan Mohamad Rosli Saidin & Jamilah Osman

Intan Mohamad Rosli Saidin & Jamilah Osman

Bukit Mertajam | Shahrul Fahmee Abdullah & Mazliatul Mokhtar



Kami diperkenalkan kepada Amway pada pertengahan bulan Ogos 2012. Kami hanya ingin menjaga kesihatan dan penampilan kami dengan mengamalkan produk Nutrilite dan produk penjagaan kulit ARTISTRY. Tidak terfikir sama sekali untuk menjalankan perniagaan ini kerana kehidupan kami ketika itu sudah cukup selesa.



Isteri saya merupakan Ketua Unit Kewangan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Cawangan Bukit Mertajam, Pulau Pinang (IKTBNBM). Saya pula bekas Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum berhenti untuk menjadi kontraktor Kelas G7 dan melaksanakan kontrak kerajaan yang diperoleh.

Segalanya bermula apabila kami menghadiri Seminar Moving Up yang dianjurkan oleh Dua Intan Pengasas Abdullah & Mariam pada awal 2013 di Sungai Petani, Kedah. Ia telah mengubah sepenuhnya tanggapan kami terhadap Amway dan kami berazam untuk menjalankan perniagaan ini dengan bersungguh-sungguh.



Isteri saya mempunyai impian untuk bersara awal kerana beliau ingin meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan menikmati kebebasan kewangan yang Amway tawarkan. Bagi saya pula, persaingan dalam perniagaan konvensional semakin mencabar dari semasa ke semasa. Tambahan pula, kami berdua berkongsi minat yang sama iaitu suka melancong ke luar negara. 



Bertitik tolak daripada situlah, kami mula berkongsi kebaikan produk Amway di samping membuat demonstrasi produk dengan rakan sekerja dan penduduk di sekitar kawasan kejiranan kami. Selain menaja, kami juga mengadakan mesyuarat di rumah dan aktiviti seperti aerobik, senaman, kelas kecantikan dan kesihatan. 

Kami gembira dengan apa yang kami lakukan hari ini kerana melalui perniagaan Amway, kami dapat membantu lebih ramai orang mencari pendapatan sampingan, melahirkan komuniti yang sihat dengan membangkitkan kesedaran mengenai pengambilan suplemen Nutrilite dan berkongsi rahsia kecantikan awet muda melalui ARTISTRY. Kami berpandangan bahawa perniagaan Amway ini amat mudah untuk sesiapa sahaja yang mahu menceburinya kerana mereka akan nampak, faham serta tahu bagaimana untuk memulakan dan menjalankan perniagaan ini.

Pada 2014, kami berjaya melayakkan diri ke Seminar Kepimpinan Amway (ALS) di Auckland buat kali pertama. Pada 2016, kami layak ke ALS Mediterranean Cruise dan pada 2017 pula, kami layak ke ALS Hawaii. Seterusnya pada 2018, kami layak ke ALS Hokkaido. Ini diikuti dengan ALS Sydney pada 2020 dan ALS Alaskan Cruise pada 2021. Tahun 2022 pula menyaksikan kami layak ke ALS Istanbul dan Jemputan Intan di Athens dan Santorini.



Kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada insan yang kami sayangi iaitu Dua Intan Pengasas Shahrul Fahmi Abdullah & Mazliatul Mokhtar dan Dua Intan Pengasas Abdullah & Mariam. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat almarhum ibu bapa kami dan tahniah kepada semua ahli organisasi kami atas semangat berpasukan anda. Tidak ketinggalan kepada anak-anak kami Platinum Mohamad Amiruldeen Mohamad Rosli & Aimie Anisha Norhaisham, Mohamad Afiq (Penyandang Emas),Muhammad Akmal dan juga Muhammad Anas yang bakal mengikut jejak kami tidak lama lagi.

Kami berpegang pada falsafah bahawa “Tindakan yang pantas membuahkan hasil yang pantas” dan “Jangan fikirkan apa yang akan berlaku, sebaliknya fikirkan apa yang hendak dilakukan sekarang.”