Floating Icon
03 JUL 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 389 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Mohd Zulshukri & Hamidah Nachar

Intan Mohd Zulshukri & Hamidah Nachar

MELAKA | MOHD HILNA & AZILILA

Pelan B Kami Memberikan Kami Kejayaan Yang Tidak Dijangka



Kami mendaftar sebagai ABO pada bulan September 2007 kerana ingin membeli Sistem Rawatan Air eSpring. Ketika itu kami sudah pun mempunyai perniagaan sendiri iaitu dua buah gerai pasar malam dan sebuah kedai makan.

ABO atasan kami Zolkafli Adam & Jalina Mahmood melihat potensi diri kami untuk berkembang dalam perniagaan Amway. Namun begitu, tidak pernah terlintas di fikiran kami untuk membina perniagaan Amway kami sendiri memandangkan kami amat sibuk mengurus perniagaan konvensional kami. Kami memberi pelbagai alasan untuk tidak melibatkan diri dalam perniagaan ini.



Hanya selepas mentor kami Intan Eksekutif Pengasas Hilna & Azilila datang ke rumah dan menerangkan dengan lebih mendalam tentang Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, baharulah kami terbuka hati dan tertarik dengan penjanaan pendapatan yang boleh diwariskan. Dari situlah bermulanya episod kami menjadikan perniagaan Amway kami sebagai Pelan B kami. Kami mengetepikan segala alasan dan sebaliknya sentiasa menghadiri kelas ilmu dan seminar untuk mendalami lagi bidang perniagaan ini.

Kami mencapai Platinum pada 2009 dan Platinum Pengasas pada 2010 serta layak menyertai ALS kami yang pertama di Dubai. Pada 2013, kami mencapai Zamrud. Malangnya, disebabkan tiada sistem yang tersusun, kami sukar untuk meningkat ke tahap penyemat yang seterusnya.



Pada ketika itu, kami memutuskan untuk memberi tumpuan dalam mengembangkan lagi perniagaan konvensional kami. Dalam kesibukan kami mengurus perniagaan kami ini, tanpa kami sedari kumpulan kami terus berkembang biak dan melahirkan ramai pemimpin yang hebat.

Apabila Covid-19 melanda dunia, perniagaan konvensional kami pula terpaksa ditutup. Kami kembali memberi tumpuan kepada perniagaan Amway kami dan berusaha bersungguh-sungguh kerana itu sahaja punca pendapatan kami. Apa yang menakjubkan ialah perniagaan Amway kami meningkat hampir tiga kali ganda! Syukur kepada Allah kerana kami berjaya mencapai Intan pada bulan Ogos 2022. Kami sememangnya bernasib baik kerana telah menjadikan perniagaan Amway sebagai Pelan B dan ia telah banyak membantu kami pada saat kami memerlukannya.



Terima kasih kami ucapkan kepada Rich DeVos & Jay Van Andel atas peluang perniagaan yang hebat ini. Terima kasih juga kepada kedua orang tua kami yang tidak putus-putus mendoakan kejayaan kami dan anak-anak yang banyak memberi semangat untuk kami berjaya. Tidak lupa juga buat mentor, ABO atasan, pasukan kami yang merupakan tulang belakang kami dalam perniagaan ini serta ‘sideline’ dan pemimpin dari kumpulan lain yang banyak berkongsi ilmu dengan kami.

Misi kami yang seterusnya adalah untuk berkongsi lebih banyak manfaat dan peluang perniagaan ini kepada lebih ramai orang. Kalau kami boleh, anda semua pasti boleh. Jumpa anda di puncak kejayaan!