Floating Icon
14 SEP 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 202 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Muthualagu & Shela

Intan Muthualagu & Shela

TEMERLOH | SOMA & JAYA

Tiada Yang Mustahil Bagi Mereka Yang Berjiwa Pemenang



Kami mendaftar dengan Amway untuk mencari pendapatan tambahan RM200 setiap bulan. Kami tidak menyangka sama sekali bahawa ia akan menawarkan kami peluang untuk berhenti kerja sebagai jurubahasa mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Majistret Temerloh.

Kami pada mulanya sangat ragu-ragu dan enggan mempercayai apa-apa secara membuta tuli disebabkan sifat tugas kami. Kami dinasihatkan oleh orang di sekeliling supaya tidak membuang masa dengan Amway kerana ramai yang telah berputus asa dan gagal.

Selepas menghadiri satu seminar di Kuala Lumpur, baharulah kami tahu bahawa perniagaan ini adalah platform yang bagus untuk sesiapa yang berani bermimpi dan sanggup mengubah gaya hidup mereka. Muthu mahu menjalani kehidupan tanpa hutang dan saya pula ingin menjadi ibu sepenuh masa. Jadi kami komited untuk mempelajari segalanya tentang perniagaan ini.

Membina perniagaan kami dan dalam masa yang sama perlu menjaga empat anak yang masih kecil di samping tuntutan kerja yang mencabar bukanlah mudah. Namun, kami masih menaruh harapan kerana kami telah meletakkan diri kami dalam persekitaran yang betul dan dikelilingi oleh pemimpin yang hebat. Walaupun kami menghadapi pelbagai cabaran, kami tetap berfikiran positif dan komited untuk mencapai impian kami.

Terima kasih kepada Amway, kami kini menikmati keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan serta ketenangan fikiran. Sebagai pemilik perniagaan, kami dapat meluangkan lebih banyak masa yang berkualiti bersama anak-anak dan ibu bapa kami. Kami layak mengikuti 21 Seminar Kepimpinan Amway dan telah melancong ke seluruh dunia dengan dibiayai sepenuhnya oleh Amway.

Oleh itu, kami ingin berterima kasih kepada ibu bapa, ahli keluarga dan saudara mara kami, serta pengasuh kami kerana menjaga anak-anak kami semasa kami sibuk membina perniagaan ini. Terima kasih setulusnya kepada Nilam Soma & Jaya, Intan Pathmabathi Sankaran, Intan S T Palan & K Amirtha, dan Duta Mahkota Sonny & Guat Hwa Ho, kerana membuka jalan ke arah kejayaan kami. Kami juga terhutang budi atas sokongan Pemimpin Amway dari organisasi lain.

Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan buat pasukan kami atas kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, kerja berpasukan yang hebat, etika kerja dan semangat keusahawanan yang teguh. Ini termasuklah para ABO dan Pemimpin Thailand kami, Platinum Tisana Jarernswan & Natapol Wasinwatanakul.

Tiada yang mustahil bagi mereka yang berjiwa pemenang. Impian benar-benar menjadi kenyataan di Amway. Tetapkan matlamat yang tinggi, tanamkan impian yang besar, anda juga boleh melakukannya. Melalui Amway, kami berjaya memiliki KEBEBASAN masa, KELUARGA yang bersatu hati, HARAPAN untuk masa depan yang hebat, dan kehidupan dengan GANJARAN yang melimpah ruah.