Floating Icon
01 JUL 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 211 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Birnaid Lim & Adelyn Lee

Zamrud Birnaid Lim & Adelyn Lee

Gelugor | G K Goh & Choon Lin


Saya berasal dari keluarga biasa dengan tujuh orang adik-beradik. Ibu bapa saya adalah penjaja. Semasa kecil, saya terpaksa membantu dalam perniagaan keluarga. Saya menyedari bahawa jika saya kekal berada di rumah, rumah anda adalah dunia anda. Tetapi, sebaik sahaja anda melangkah keluar, seluruh dunia adalah milik anda untuk diterokai. Jadi saya mengambil peluang untuk mengubah persekitaran saya bila tiba masanya. Apabila difikirkan semula, pengalaman ini telah mengubah sepenuhnya nasib keluarga saya.

Semasa saya mula berkecimpung dalam Amway, saya sudah pun menjadi seorang ibu kepada dua orang anak. Saya diberitahu yang saya terlalu menumpukan kepada kerjaya saya dan tidak meluangkan masa yang cukup bersama keluarga dan anak-anak saya, tetapi saya tetap bertahan. Pengorbanan saya kini membuahkan hasil kerana kini semua ahli keluarga saya adalah ABO.

Di Amway, kepantasan anda mencapai kejayaan bukanlah perkara utama. Ketabahan merupakan kunci segala-galanya. Tidak kira siapa anda dan kedudukan anda dalam kehidupan. Yang paling penting, kita mesti mempunyai kepercayaan terhadap Amway. Syarikat hebat ini telah menyokong dan membantu pemimpin apabila mereka menghadapi cabaran. Amway mungkin bukanlah perniagaan yang ideal untuk anda tetapi Amway dapat membantu anda merealisasikan impian anda. Jadi, jumpa anda di puncak jaya!