Floating Icon
01 FEB 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 191 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Jr Wong

Zamrud Jr Wong

Kuala Lumpur | Star Toh

Terima kasih kepada ibu bapa saya kerana menggunakan produk Amway sejak kami kecil lagi. Walau bagaimanapun, saya tidak pernah mengetahui potensi yang besar di sebalik produk ini sehinggalah saya menemui Intan Star Toh yang telah menunjukkan kepada saya Peluang Perniagaan Amway. Saya perlahan-lahan memahami nilai perniagaan tersebut dengan bimbingan mentor saya dan memutuskan untuk mencuba serta membina perniagaan Amway milik saya. Mengimbau kembali, keputusan ini telah mengubah hidup saya selama-lamanya.

Semasa saya memulakan perniagaan ini, kebanyakan orang di sekeliling saya ragu-ragu namun saya terus berharap. Saya percaya bahawa produk hebat serta Pelan Pemasaran & Jualan Amway yang saksama ini akan bertahan terhadap ujian masa. Pada hari-hari yang mencabar ketika pandemik, produk Amway yang membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih sihat telah mendapat permintaan yang tinggi malah ganjarannya yang menguntungkan telah memberi motivasi kepada kami untuk melakukan yang lebih baik dalam perniagaan Amway kami. Selain itu, sokongan yang diberikan oleh Amway amat membantu kami ketika mengharungi masa yang sukar.

Tidak kira bagaimana kita semua bermula, walaupun terdapat mereka yang ragu-ragu di sekeliling kita, walaupun terdapat cabaran di sepanjang perjalanan, teruskan berharap. Dengan harapan, sentiasa wujud kemungkinan untuk menjadikan impian suatu kenyataan. Berdikit-dikit lama-lama menjadi bukit!