Floating Icon
01 SEP 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 195 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Nurul Firdaus Mahmud & Nasri Ishak

Zamrud Nurul Firdaus Mahmud & Nasri Ishak

Kota Bharu  |  Nik Nor Azira Nik Abdullah & Anuar Ab Rahim

Kami berdua bekerja sebagai pegawai perubatan. Sebagai profesional, kami tidak pernah terfikir untuk memulakan perniagaan kami sendiri. Akhirnya, Amway telah membuka mata kami.

Kami memutuskan untuk mencuba perniagaan Amway apabila kami mendapati bahawa Pelan Penjualan & Pemasaran Amway boleh menggandakan sumber pendapatan dan perniagaan tersebut juga boleh diwariskan kepada generasi seterusnya. Pada mulanya, kami hanya inginkan sedikit pendapatan sampingan. Tanpa diduga, Amway memberikan kami lebih daripada yang kami jangkakan. Malahan, kualiti hidup dan masa depan kami berubah menjadi lebih baik.

Kami mendukung wawasan Amway, “Membantu insan menjalani kehidupan yang lebih baik, lebih sihat”. Melalui perniagaan ini, kami dapat membantu insan di sekeliling kami. Amway merupakan sebuah perniagaan yang sangat adil kerana menawarkan peluang yang sama rata kepada semua orang tanpa mengambil kira latar belakang, kedudukan, status ekonomi, pendidikan, bangsa dan agama.

Kita boleh mencapai semua impian kita dengan Amway apabila kita membantu orang ramai mencapai impian mereka. Bagi mereka yang masih ragu-ragu, yakinlah bahawa Amway adalah peluang yang terbaik. Sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan mereka gigih dan mempunyai pemikiran yang betul. Hanya berpegang pada kata-kata ini, “jika orang lain boleh melakukannya, anda juga boleh.”