Floating Icon
01 JUL 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 195 LIHAT 1 BERKONGSI

Zamrud Pethniy Chong

Zamrud Pethniy Chong

Sepang | Elaine Pang


Keluarga saya menjalankan sebuah perniagaan runcit konvensional. Setelah menamatkan kursus LCCI, saya mula membantu dalam perniagaan keluarga saya. Saya mendaftar dengan Amway ketika berumur 21 tahun dan hanya mempunyai sedikit pengetahuan mengenai syarikat tersebut.

Akhirnya saya dan ahli keluarga saya jatuh cinta dengan produk Nutrilite. Nutrilite merupakan satu-satunya jenama vitamin dan suplemen dietari global yang menanam, memetik dan memproses tumbuhan di ladang mereka sendiri yang diperakui organik. Saya juga mempelajari perkara yang kini saya anggap sebagai pengajaran yang paling berharga; 4 nilai Asas Pengasas; iaitu Keluarga, Harapan, Kebebasan & Ganjaran. Ia mencetus keazaman saya untuk menjadikan Amway sebagai perniagaan keluarga.

Kejayaan tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Ia dicapai dengan mengambil langkah demi langkah pada satu masa. Ingat ini: “FOCUS = Follow one course until success (Ikuti satu haluan sehingga berjaya)" dan “Pilihan anda adalah lebih penting daripada bekerja keras semata-mata”.

Amway adalah permulaan yang baik bagi orang muda yang ingin menjadi usahawan. Anda boleh memulakan perniagaan dengan risiko dan kos yang sangat sedikit. Apabila anda membangunkan perniagaan ini ke tahap tertentu, anda akan diberikan ganjaran dari segi kewangan dan diundang untuk melancong dengan penuh kemewahan bersama Amway. Yang paling hebat, anda boleh membantu orang lain melakukan perkara yang sama dan membantu mereka mencapai impian mereka juga.